Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan agensi di bawahnya komited mempercepat tempoh proses permohonan untuk membantu usahawan yang terjejas akibat COVID-19.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usaha itu antara inisiatif yang dilakukan pihaknya untuk menambah baik produk dan perkhidmatan yang disampaikan bagi manfaat usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mikro dan koperasi.
Katanya, penambahbaikan yang dilaksanakan juga membuktikan MEDAC dan agensi peka terhadap keperluan semasa selain memantapkan PKS di negara ini.
"Selaras dengan usaha ini, MEDAC melalui hasil kajian yang telah dibuat mengambil langkah menyesuaikan penyampaian program dan perkhidmatan berdasarkan situasi semasa untuk memudahkan lagi urusan usahawan.
"Perhatian khusus perlu diberikan bagi memastikan usahawan mendapat sokongan sewajarnya daripada kerajaan supaya ianya dapat beroperasi seperti biasa.
"Adalah penting proses dan prosedur dipermudahkan serta ditambahbaik agar akses kepada kemudahan kewangan atau perkhidmatan lebih cepat diterima dan akhirnya menghasilkan impak yang positif," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Wan Junaidi menambah, antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah dengan memudah cara permohonan, menambah baik tempoh proses dan kelulusan pembiayaan seperti berikut:
1- COVID Business Recovery – Micro (CBRM) oleh TEKUN Nasional
- Memerlukan empat dokumen sokongan sahaja berbanding 17 dokumen sokongan sebelum ini. Dokumen tersebut adalah salinan sijil pendaftaran syarikat atau lesen perniagaan, salinan kad pengenalan, salinan penyata bank dan salinan bil utiliti.
2- Special Relief Facility (SRF) oleh SME Bank dan Bank Rakyat
- Proses permohonan SRF dipendekkan kepada lima hari sahaja berbanding 30 hari (SME Bank) dan 21 hari (Bank Rakyat)
3- Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
- Proses permohonan dipendekkan kepada 14 hari sahaja berbanding 30 hari.
4- Skim Pembiayaan Francaisor, Pra Francais dan Francaisi oleh Perbadanan Nasional Berhad
- Proses permohonan dipendekkan kepada 10 hari sahaja berbanding 14 hari
5- Audit Pematuhan Program PROTEGE - Ready To Work (RTW)
- Lawatan Audit diminimumkan kepada satu hari sahaja berbanding tiga hari.
6- Pengeluaran Penuh Simpanan Usahawan oleh TEKUN Nasional
- Proses permohonan dipendekkan kepada dua hari sahaja berbanding tujuh hari.
Fauzi Suhaimi
Thu May 21 2020
Wan Junaidi berkata, penambahbaikan yang dilaksanakan juga membuktikan MEDAC dan agensi peka terhadap keperluan semasa selain memantapkan PKS di negara ini. - Gambar BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.