Kerajaan negeri Melaka tidak akan membenarkan hotel dijadikan pusat kuarantin COVID-19 bagi mengelak sektor pelancongan, antara penyumbang utama ekonomi negeri, terjejas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Rahmad Mariman, berkata kerajaan negeri kini bersiap sedia untuk membuka semula operasi dua pusat kuarantin berikutan pengumuman kerajaan yang tidak membenarkan mana-mana individu pulang dari luar negara kuarantin di rumah bermula Jumaat ini.
Beliau berkata dua pusat kuarantin dicadangkan itu ialah di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE), di Alor Gajah, dekat sini, dan di Akademi Latihan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Tiang Dua, di sini.
"Pusat kuarantin di CREaTE mampu menampung kira-kira 400 katil, manakala Akademi Latihan JPJ mampu menyediakan 200 katil dan kerajaan negeri akan menetapkan salah satu dari pusat ini untuk dibuka semula sebagai persediaan menangani masalah ini.
"Kita jamin, harga yang akan ditawarkan nanti adalah lebih rendah dengan kemudahan stesen kuarantin yang selesa berbanding RM150 yang dikenakan semalaman kepada pesakit yang menetap di pusat kuarantin di hotel," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Seri Negeri, hari ini.
Terdahulu, dalam persidangan itu semasa menjawab soalan lisan Datuk Tey Kok Kiew (Bandar Hilir-DAP) tentang jumlah bantuan disalurkan kerajaan negeri bagi membantu rakyat terjejas COVID-19, Rahmad berkata RM28.2 juta diperuntukkan melalui 28 inisiatif kerajaan negeri telah disalurkan sejak Mac lepas.
Katanya, tambahan RM12.4 juta menerusi kerjasama Majis Agama Islam Melaka (MAIM) turut disalurkan meliputi pelbagai bantuan untuk rakyat di negeri ini.
"Ia termasuk memperuntukkan sebanyak RM500,000 buat petugas barisan hadapan bagi tujuan pembayaran elaun makanan dan pembelian peralatan asas bagi memastikan kebajikan petugas ini terjamin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
Bernama
Wed Jul 22 2020
Rahmad berkata, kerajaan negeri bersiap sedia membuka semula operasi dua pusat kuarantin. - Foto BERNAMA
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi kesukaran kerana arus sungai deras.
Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ajal pulang kerja, pemuda maut dihempap pokok tumbang
Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok tumbang di Alor Gajah.
'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.
Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM
Taska di Taman Kelemak Utama yang menjadi lokasi seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai ditekup dengan bantal disahkan tidak berdaftar dengan JKM.
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.
Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di Alor Gajah pagi tadi.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.