MALAYSIA adalah sebuah negara yang terkenal dengan tarikan alam semulajadi dan sering menjadi destinasi pilihan bagi pelancong tempatan dan juga asing.
Keindahan pantainya yang kaya dengan flora dan fauna telah mendapat tumpuan ramai terutamanya pada hari cuti.
Selain dikelilingi oleh lautan membiru yang kaya dengan hidupan marin, pantai di Malaysia juga dilengkapi dengan kemudahan rekreasi untuk menarik pelancong.
Namun kurangnya sikap prihatin pengguna pantai telah menyebabkan pencemaran berlaku.
Pencemaran di pantai bukanlah satu isu baharu kerana saban tahun berita mengenainya sentiasa dilaporkan.
Daripada pengalaman saya sendiri sewaktu berkunjung ke Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, longgokan sampah sarap dibiarkan berselerak hingga merosakkan pandangan.
Keadaan ini adalah sesuatu yang mendukacitakan kerana ia dilakukan oleh pengguna pantai itu sendiri.
Seharusnya kesedaran sivik untuk tidak membuang sampah di merata tempat perlu ada dalam setiap diri pengguna pantai kerana ia adalah satu tanggungjawab sosial.
Sampah sarap yang tidak dikendalikan dengan baik ini dikhuatiri boleh menyebabkan ia masuk ke dalam laut dan seterusnya mengundang ancaman kepada hidupan di lautan.
Pada amnya, Malaysia sangat bergantung kepada laut sebagai sumber protein utama melalui sektor perikanan. Secara ringkasnya, pencemaran marin bukan saja membawa kesan kepada hidupan laut, malah juga menjejaskan kehidupan manusia.
Namun, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac, semua aktiviti awam di pantai dihentikan, susulan daripada langkah kerajaan dalam membendung penularan pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Pelaksanaan PKP ini seakan memberi rahmat kepada persekitaran marin kerana tiada lagi pencemaran oleh aktiviti manusia berlaku sepanjang tempoh itu.
Tiada lagi longgokan sampah baru yang ditemui di kawasan pantai dan ia seakan satu perkembangan positif kepada persekitaran marin.
Pada 7 Jun, kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan hampir semua sektor ekonomi, kegiatan perniagaan dan sosial akan dibenarkan beroperasi penuh mulai 10 Jun di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).
Selain kebenaran rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik adalah di antara aktiviti sosial yang dibenarkan semasa PKPP. Pelancongan adalah antara sektor yang penting dalam ekonomi Negara dan kebenaran ini dijangka dapat memulihkan semula ekonomi negara.
Setelah hampir tiga bulan terikat dengan peraturan ketat semasa PKP dilaksanakan, berita ini disambut dengan perasaan gembira oleh rakyat Malaysia.
Sebilangan besar telah merancang percutian dan perjalanan ekoran tiada lagi sekatan rentas negeri bermula 10 Jun.
Hal ini terbukti dengan jumlah tempahan bilik yang mendadak seperti yang dilaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir.
Ini menunjukkan aktiviti awam di kawasan pantai akan kembali normal seperti sebelum PKP.
Namun, pelaksanaan PKPP dilihat sebagai cabaran baru untuk mengekalkan kebersihan pantai seperti dalam tempoh PKP.
Oleh itu, SOP penggunaan pantai semasa fasa PKPP ini perlu mengambil kira norma baharu seperti yang digariskan iaitu menjaga kebersihan diri dan menjaga jarak fizikal secara berterusan.
Norma baharu dalam kehidupan harian ini perlu dipraktikkan secara lebih meluas bagi mengekalkan perubahan baik bukan sahaja pada diri dan masyarakat, malah terhadap kebersihan persekitaran pantai.
Pengguna dinasihatkan untuk mengambil perkara ini secara serius dengan membuang sampah di tempat yang telah disediakan.
Kemudahan tong sampah yang sudah disediakan, perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengekalkan keindahan pantai itu.
Jika ditanya mampukah perubahan dibuat, sudah pasti jawapannya mampu. Ini kerana semua rakyat Malaysia telah memberikan kerjasama yang baik dalam menunaikan tanggungjawab dengan mematuhi peraturan semasa PKP sehingga penularan pandemik COVID-19 dapat dikawal.
Semua rakyat Malaysia harus melihat pandemik COVID-19 ini dari sudut yang positif dan menjadikan nya sebagai satu ‘turning point’ dalam perubahan sikap supaya kesejahteraan kehidupan dapat dicapai pada masa depan.
* Dr Izyan Munirah Mohd Zaideen merupakan pensyarah kanan Fakulti Pengajian Maritim di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Dr Izyan Munirah Mohd Zaideen
Wed Jun 10 2020
Pelaksanaan PKPP dilihat sebagai cabaran baru untuk mengekalkan kebersihan pantai seperti dalam tempoh PKP. --fotoBERNAMA/Hiasan
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
AWANI Ringkas: KPM tempatkan pelajar terjejas di asrama langkah tepat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Consider This: Timor-Leste — Asia’s Youngest Democracy Looks Ahead
More than two decades after gaining independence, Timor-Leste stands as one of the youngest democracies in the world. At the heart of its story is Prime Minister Xanana Gusmão, a former freedom fighter turned statesman, who led the country through its most defining moments—from resistance against Indonesian occupation to the arduous task of nation-building. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to the man often called the father of Timor-Leste’s independence, Prime Minister Xanana Gusmão, who was in Malaysia on a three-day official visit.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
Calon SPM berdepan cabaran, lahirkan daya tahan diri tinggi
Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa, Psikologi dan Muzik SEGi Universiti, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor berkata calon-calon peperiksaan yang berdepan dengan situasi bencana perlu mempunyai daya tahan diri yang tinggi dengan beradaptasi dengan situasi diluar keselesaan. Jelasnya, hal ini penting bagi memastikan tidak lahir generasi yang rapuh atau generasi strawberi. #AgendaAWANI
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa, Psikologi dan Muzik SEGi Universiti, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor berkata emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka. Oleh itu, beliau menekankan kepentingan sistem sokongan menyeluruh kepada calon-calon dalam menempuhi cubaan akademik dan bencana ketika ini. #AgendaAWANI
#AWANIRingkas 4 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Disember 2024
1️⃣ KKM gerakkan kakitangan ke fasiliti terjejas banjir
2️⃣ KPM tempatkan pelajar terjejas di asrama langkah tepat - PM
3️⃣ Ketua Menteri tidak perlu lepas jawatan
#awaniringkas
1️⃣ KKM gerakkan kakitangan ke fasiliti terjejas banjir
2️⃣ KPM tempatkan pelajar terjejas di asrama langkah tepat - PM
3️⃣ Ketua Menteri tidak perlu lepas jawatan
#awaniringkas
AWANI 7:45 [4/12/2024] – ADUN Kuamut Beri Keterangan | Sukar Lupa Gelombang Pertama | Bola Sepak Negara Perlu Nafas Baharu | Kemuncak ‘Drama K-Politik’
- Banjir mereda, tapi waspada gelombang kedua, kerajaan siap siaga
- Kerajaan nafi dakwaan 17 juta data MyKad bocor dan dijual ke pasaran gelap
- Kerusi Presiden FAM bakal jadi rebutan, Hamidin tidak pertahan jawatan
- Drama gila 8 jam politik Korea, Presiden berdepan desakan letak jawatan
- Kerajaan nafi dakwaan 17 juta data MyKad bocor dan dijual ke pasaran gelap
- Kerusi Presiden FAM bakal jadi rebutan, Hamidin tidak pertahan jawatan
- Drama gila 8 jam politik Korea, Presiden berdepan desakan letak jawatan
MATRADE perkasa syarikat pertengahan dengan misi penerapan pasaran ke Vietnam
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lima syarikat peringkat pertengahan tempatan (MTC) untuk mengikuti Misi Penyerapan Pasaran ke Vietnam.
Suami Zahnita Wilson akan didakwa esok, turut positif dadah
Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, akan didakwa di mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.