Pesawat khas misi kedua yang membawa pulang rakyat Malaysia dan keluarga mereka dari Wuhan, China selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang jam 6.50 pagi ini.
Pesawat AirAsia AK8265 yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan pada jam 1.45 pagi tadi membawa 66 penumpang yang bermastautin di Wuhan dan kawasan sekitar.
Seramai 12 kru penerbangan, sembilan wakil agensi kerajaan dari Malaysia dan dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beijing terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) susulan wabak COVID-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri, daripada 75 rakyat Malaysia yang pada asalnya dijadualkan pulang ke tanah air, sembilan tidak dapat berbuat demikian.
“Enam orang yang hadir di lapangan terbang tidak dapat menaiki pesawat tersebut disebabkan isu kesihatan selepas melalui proses saringan kesihatan di lapangan terbang.
“Seorang menarik diri atas faktor kesihatan tanpa hadir ke lapangan terbang manakala seorang lagi tidak dapat turut serta disebabkan komitmen kerja.
“Seorang lagi rakyat Malaysia yang tidak dapat meninggalkan Wuhan atas masalah logistik. Beliau mengalami kesukaran untuk mendapatkan kenderaan untuk ke lapangan terbang,” kata kenyataan tersebut.
Misi HADR pertama kali digerakkan kerajaan Malaysia pada 4 Feb lepas dan berjaya membawa pulang 107 rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah Hubei, terdiri daripada 88 rakyat Malaysia dan 19 lagi adalah pasangan serta anak mereka yang bukan warganegara.
Semua 89 penumpang akan melalui tapisan kesihatan di Unit Kecemasan Udara ataupun Air Disaster Unit (ADU).
Mereka yang dikesan mempunyai simptom jangkitan akan dibawa terus ke Hospital Sungai Buloh.
Mereka yang melepasi saringan akan dibawa terus menaiki bas ke pusat pemantauan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk proses pemantauan selama 14 hari.
Isabelle Leong
Tue Feb 25 2020

Pesawat khas bawa pulang rakyat Malaysia dan keluarga dari Wuhan, China selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada jam 6.50 pagi ini. -Astro AWANI

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.

COVID-19: Pesawat khas misi kedua bawa rakyat Malaysia dari Wuhan selamat mendarat
Daripada 75 rakyat Malaysia yang pada asalnya dijadualkan pulang ke tanah air, sembilan orang tidak dapat berbuat demikian.