Pihak swasta digalak untuk menyediakan mesin pengimbas suhu badan di premis masing-masing terutama di pintu masuk utama bangunan.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata perkara itu dilihat dapat membantu kerajaan mengekang penularan jangkitan COVID-19.
"Buat masa ini, Kementerian Kesihatan mempunyai 80 mesin pengimbas suhu badan yang diletakkan di pintu masuk antarabangsa (PMA) di seluruh negara, dan jumlah itu dilihat mencukupi buat masa ini.
"Walaupun harga mesin itu agak mahal sekitar RM40,000 namun kami tetap menggalakkan pihak swasta untuk sediakan mesin itu, contohnya kalau pihak hotel dapat sediakan itu dapat membantu kami (kerajaan)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Saintifik ke-17 Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH) 2020, di sini pada Jumaat.
Mengenai kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Singapura berhubung COVID-19, Lee berkata mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Bersama akan diumum minggu depan.
"Saya merancang untuk pergi ke Singapura atau Johor Bahru, tetapi saya perlu meneliti dahulu jadual waktu kedua-dua pihak dan jika pertemuan itu dapat diadakan minggu depan, kami akan menyokong sama ada ia akan diadakan secara bersemuka ataupun melalui sidang video," katanya.
Sementara itu, Lee berkata Kementerian Kesihatan menyasarkan untuk mengurangkan kandungan garam sebanyak 15 peratus dalam pemakanan rakyat Malaysia tahun ini seperti yang digariskan kementerian itu dalam Strategi Pengurangan Garam 2015-2020.
"Kementerian sedang menjalankan kajian mengenai keburukan kandungan monosodium atau garam dalam pemakanan rakyat Malaysia di samping akan berterusan membuat program kesedaran tentang hipertensi," katanya.
Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu pemain industri iaitu pengeluar dan penyedia makanan perlu turut mengurangkan penggunaan garam dalam penyediaan makanan kepada pengguna.
Seramai 500 delegasi dari dalam dan luar negara menghadiri kongres berkenaan yang membincangkan pelbagai isu antaranya cara menangani, rawatan dan situasi terkini hipertensi.
--BERNAMA
Bernama
Sat Feb 15 2020

Dr Lee menjalani saringan suhu badan ketika melawat ruang pameran selepas Majlis Perasmian Kongres Saintifik ke-17 Persatuan Hipertensi Malaysia di Kuala Lumpur, 14 Feb, 2020. --fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.