Berikutan satu kes positif COVID-19 yang melibatkan seorang anggota kerja di ibu pejabat SIRIM di sini pada Selasa, SIRIM telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam dan mencegah sebarang potensi risiko penyebaran virus itu.
Menurut satu kenyataan hari ini, kawasan yang terlibat serta kawasan guna sama telah pun menjalani proses sanitasi.
"Kami juga telah mengambil langkah seterusnya seperti menyediakan ‘hand-sanitizer’ di kawasan-kawasan awam di bangunan SIRIM di sini dan juga di negeri-negeri; melakukan penapisan pelawat di pintu-pintu masuk serta meningkatkan frekuensi pembersihan dan menyahjangkit di kawasan yang tinggi jumlah pelawat dan penggunaannya setiap hari," menurut kenyataan itu.
Anggota kerja yang mempunyai kontak rapat dengan anggota kerja yang positif COVID-19 itu juga telah menjalani ujian seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan juga telah memulakan kuarantin.
Pejabat-pejabat SIRIM di lokasi lain tidak terbabit dengan penyebaran virus itu walaubagaimanapun langkah-langkah pencegahan serupa turut diambil.
Kami akan sentiasa memantau keadaan COVID-19 ini dan memastikan langkah-langkah sewajarnya diambil untuk memastikan kesejahteraan anggota kerja, pelanggan dan pemegang kepentingan SIRIM.
Astro Awani
Wed Mar 11 2020
Pejabat-pejabat SIRIM di lokasi lain tidak terbabit dengan penyebaran virus itu walaubagaimanapun langkah-langkah pencegahan serupa turut diambil. - Gambar fail
Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat
Ahmad Fahmi mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik.
Tumpuan Isnin – 18 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Krisis kemanusiaan: Semakin banyak negara luah kebimbangan mengenai Gaza
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vasily Nebenzya mengecam keras sokongan politik Amerika Syarikat terhadap Israel, yang dianggap faktor utama di sebalik bencana kemanusiaan itu.
Konflik Asia Barat: Ketua Media Hezbollah terkorban - laporan
Serangan itu disasarkan ke kawasan kejiranan Ras al-Nabaa, yang menempatkan ramai orang awam yang berpindah dari pinggir selatan Beirut akibat pengeboman Israel.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat
Kirtadze, ahli parti pembangkang UNM pimpinan bekas Presiden Mikheil Saakashvili, menyimbah cat ke muka Kalandarishvili ketika dia dan wakil semua parti yang bertanding dalam undian 26 Oktober lalu, bertemu untuk mendengar keputusan akhir pemilihan yang menjadi pertikaian.
Rakyat Senegal undi pilih anggota Dewan Kebangsaan
Senegal mengadakan pilihan raya awal pada Ahad, apabila rakyat akan memilih 165 anggota Dewan Kebangsaan untuk tempoh lima tahun.
Jepun rancang perkenal sistem tram tanpa landasan ke Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun merancang untuk memperkenalkan sistem tram tanpa landasan dengan tayar getah, keluaran syarikat China, CRRC, bagi mengurangkan karbon dan kesesakan di Gunung Fuji.
PTPTN akan keluar kenyataan rasmi - Zambry
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung cadangan untuk menghentikan pembiayaan bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang daripada 30 peratus.
Agensi kerajaan siap siaga namun adakah sektor lain bersedia?
Antara yang perlu diberi perhatian adalah mereka yang berada di barisan hadapan ketika bencana di kawasan tertentu seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
COVID-19: Seorang positif, SIRIM ambil langkah pencegahan
Kawasan yang terlibat serta kawasan guna sama telah pun menjalani proses sanitasi.