Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau dengan teliti penjualan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang meluas secara dalam talian ketika ini, bagi memastikan kerusi itu benar-benar mematuhi ciri-ciri piawaian yang ditetapkan.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak kementerian mempunyai tanggungjawab bagi memastikan pelbagai aspek mengenai kerusi itu dipatuhi supaya tidak timbul isu atau aduan mengenai barangan tiruan atau palsu dan tidak selamat, dijual kepada orang ramai.
"Garis panduan mengenai ciri-ciri kerusi keselamatan kanak-kanak itu telah pun dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) tahun ini, dan apabila penggunaan kerusi CRS itu berkuatkuasa tahun depan, pihak kementerian akan terus melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang berkaitan dengan pematuhan ciri-ciri yang ditetapkan MIROS, standard keselamatan produk, cap dagangan sama ada palsu atau tulen dan sebagainya.
"Jika peniaga itu membuat pengiklanan, kita akan pastikan apa yang diiklan dan dijual itu betul-betul ada pada produk itu," katanya kepada pemberita ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu yang melaporkan kerusi berkenaan boleh didapati pada harga serendah RM18 hingga RM39.90 tiap satu, menerusi pembelian secara dalam talian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis Penyampaian Sumbangan Peralatan Dan Pakaian Sekolah Kepada 150 Murid-murid dari keluarga B40 dari Kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di pasaraya Econsave di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata kementerian boleh menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Perihal Dagangan 2011, bagi membendung penularan penjualan CRS yang tidak menepati piawaian ditetapkan.
Pada 23 Okt lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bahawa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan persendirian akan diwajibkan mulai 1 Jan tahun depan.
Sementara itu, terdahulu Saifuddin memuji langkah yang diambil oleh pasaraya Econsave yang menawarkan barangan pada harga sangat murah.
"Berdasarkan tinjauan saya di banyak pasaraya, setakat ini pasaraya ini (Econsave) menawarkan harga paling murah iaitu bawang merah hanya RM1.99 sekilogram, ayam seekor hanya RM1 dan ada ayam yang dijual dengan hanya RM3.99 sekilogram.. sangat murah, jadi pengguna boleh membuat pilihan bijak semasa hendak membeli barangan keperluan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 29 2019

KPDNHEP akan memantau dengan teliti penjualan kerusi keselamatan kanak-kanak yang meluas secara dalam talian ketika ini. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jumlah hutang, pendapatan negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lau turut bertanyakan apakah langkah yang diambil bagi memulihkan ekonomi serta meningkatkan hasil pendapatan negara susulan impak wabak COVID-19.

Kanak-kanak dua tahun tercampak: Pemandu Myvi direman tiga hari
Reman bagi pemandu Myvi berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Tan Chai Wei di Mahkamah Majistret Rembau bermula semalam (12 Feb) sehingga 14 Feb.

Kerusi CRS: Jangan pertaruh nyawa anak semata-mata ingin jimatkan wang! - Pakar
Ibu bapa disaran agar tidak terpedaya dengan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) yang murah.

CRS: KPDNHEP akan pantau penjualan atas talian agar ikut piawaian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau dengan teliti penjualan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang meluas secara dalam talian ketika ini.

Kerajaan tidak berhasrat wajibkan CRS pada jenis kenderaan lain - Loke
Buat masa ini kementerian hanya memberi fokus pada kereta persendirian sahaja.

Kerusi keselamatan kanak-kanak: Tiada saman enam bulan pertama tetapi...
Kementerian akan terlebih dahulu melaksanakan pendekatan berbentuk amaran, nasihat dan mendidik para ibu bapa khusus untuk menyedarkan kepentingan kerusi keselamatan.

Patuhi kriteria kerusi keselamatan kanak-kanak - Kamaruddin
UNR44 memberi panduan penggunaan produk CRS berdasarkan kumpulan berat kanak-kanak, manakala UNR129 memberi panduan produk CRS berdasarkan ketinggian kanak-kanak.

Tiada saman dikeluarkan dalam tempoh enam bulan pertama penguatkuasaan CRS
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kementeriannya mengambil pendekatan mendidik dahulu sebelum langkah penguatkuasaan diambil sepenuhnya.

Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak berperingkat - Loke
Kerajaan mewajibkan penggunaan CRS dalam kereta bermula 1 Januari tahun depan.