Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima 14 laporan kes kelesuan haba (heat exhaustion) akibat cuaca panas melampau di negara ini setakat hari ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, selain daripada 14 kes tersebut, tiga lagi kes melibatkan strok haba.
Katanya, tiga kes strok haba tersebut telah menyebabkan satu kematian iaitu di Segamat, Johor, manakala dua lagi kes masih dirawat di Banting, Selangor.
“Kementerian telah mengeluarkan garis panduan dalam laman web kami yang antaranya meminta orang ramai untuk minum air yang mencukupi, kurangkan aktiviti fizikal di luar dan mengenakan pakaian perlindungan sesuai
"Minum air yang mencukupi kerana kekurangan air dalam badan adalah faktor asas yang menyumbang kepada kelesuan haba dan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan diserang strok haba,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Masalah dehidrasi
Mengulas berkenaan kes kematian di Segamat, Subramaniam berkata mangsa yang berusia 23 tahun mengalami masalah dehidrasi yang kritikal katika menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat.
"Mangsa telah didedahkan kepada cuaca dan suhu yang terlalu tinggi selain menghadapi kekurangan air dalam badan.
"Ia telah sampai pada keadaan yang begitu teruk yang menyebabkan sistem saluran darah di mana darahnya telah pekat dan penyaluran darah ke tisu-tisu menghadapi masalah sekaligus semua tisu tidak dapat oksigen mencukupi," jelas Subramaniam.
Justeru, beliau menyarankan agensi-agensi kerajaan terutama yang beruniform untuk mengurangkan aktiviti latihan fizikal di luar pada ketika ini.
“Saya ketika mesyuarat Kabinet telah menyuarakan supaya agensi seperti polis, tentera serta program Kementerian Belia dan Sukan termasuk marathon dikurangkan memandangkan cuaca panas melampau,” katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Mar 18 2016
Tiga kes strok haba tersebut telah menyebabkan satu kematian iaitu di Segamat, Johor, manakala dua lagi kes masih dirawat di Banting, Selangor. - Gambar fail
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.
Persiapan jentera luar biasa - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam memastikan penyelarasan dari pelbagai aspek dilaksankan lebih awal.
JPS, TNB wujudkan bilik gerakan pantau banjir, bekalan elektrik terputus
Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) mewujudkan 'war room' bagi memantau keadaan banjir di seluruh negara, selain merangka tindakan penyelesaian segera.
MTL: APMM Kelantan gerakkan pasukan rondaan pesisir pantai
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menggerakkan pasukan rondaan pesisir pantai bagi melaksanakan Program Pencegahan Carilamat setiap hari pada musim Monsun Timur Laut.
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot
Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot bersama anaknya dalam kejadian di kawasan sungai Kampung Sri Ganda pada Ahad.
Banjir: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim masih ditutup
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) masih ditutup akibat banjir.
#AWANIRingkas 2 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Disember 2024
1️⃣ Jangkaan hujan berterusan 8 - 14 Disember
2️⃣ Malaysia cabar sistem pinggirkan negara membangun
3️⃣ 1,733 guru akan diambil di Sarawak
#awaniringkas
1️⃣ Jangkaan hujan berterusan 8 - 14 Disember
2️⃣ Malaysia cabar sistem pinggirkan negara membangun
3️⃣ 1,733 guru akan diambil di Sarawak
#awaniringkas
Anggota tentera lemas, seorang masih hilang di Hutan Royal Belum
Seorang anggota tentera ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang ketika mereka menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo / Foxtrot di kawasan Hutan Royal Belum.
AWANI Borneo [1212/2024] – Luruan monsun | Program JENDELA | Guru khas Sarawak
AWANI Borneo Rabu, 2 Disember 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Cuti anggota bomba di Sarawak dibeku.
Pantau rapi pemasangan menara telekomunikasi - Hajiji
1,733 guru akan diambil isi pengambilan khas di Sarawak
Cuti anggota bomba di Sarawak dibeku.
Pantau rapi pemasangan menara telekomunikasi - Hajiji
1,733 guru akan diambil isi pengambilan khas di Sarawak
Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.
Gelombang haba landa selatan AS
Lebih 35 juta penduduk di beberapa negeri di selatan AS mengalami gelombang haba yang dijangka berlarutan selama beberapa hari.
Kira-kira 100 orang maut akibat cuaca panas melampau di beberapa kawasan di India
Kira-kira 100 orang maut dalam tempoh tiga hari lalu disebabkan oleh cuaca panas di beberapa kawasan India.
Kebakaran hutan memaksa penduduk berpindah
Kebakaran itu sekali gus memaksa anggota bertahan semalaman untuk mengawal api sebelum ia merebak lebih jauh.
Suhu panas melampau, China keluarkan amaran tahap kuning
Balai cerap negara China pada Sabtu terus mengeluarkan amaran tahap kuning berikutan cuaca panas melampau yang berlarutan di kebanyakan wilayah di negara itu.
Api belukar 'terbang' sambar bumbung rumah
Bara api daripada kebakaran belukar yang terbang ditiup angin mengakibatkan bumbung sebuah rumah berhampiran Masjid Kampung Gerigis dekat Alor Setar terbakar.
35 kes kesihatan akibat cuaca panas dicatat sejak 1 Mac - Dr Noor Hisham
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata ia membabitkan mereka yang menerima rawatan di hospital kerajaan termasuk satu kematian di Segamat, Johor.
Cuaca panas melampau: 1 maut, 14 kes dilaporkan setakat ini - KKM
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, selain daripada 14 kes tersebut, tiga lagi kes melibatkan strok haba.