Sesi persekolahan akan bersambung semula seperti biasa minggu depan berikutan keadaan cuaca panas yang dialami negara kini masih berada di tahap terkawal.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata pihak sekolah perlu mengambil langkah berwaspada untuk memastikan keselamatan pelajar.
"Pihak sekolah harus mempertingkatkan pemantauan aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas.
"Pihak sekolah juga perlu menggalakkan murid membawa air minuman dan mengawal selia penyediaan dan penjualan minuman di kantin bagi memastikan bekalan air mencukupi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Rabu.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan di dalam blog beliau www.najibrazak.com berkata Kementerian Pendidikan akan memutuskan sama ada sekolah perlu ditutup sekiranya cuaca panas melampau masih berterusan selepas tamat cuti pertengahan penggal pertama persekolahan minggu ini.
Berikutan fenomena El Nino, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah taburan hujan yang kurang.
Ahmad Tajudin berkata, Kementerian Pendidikan akan meneruskan pemantauan cuaca dan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara menjadi serius.
"Cuaca panas ini boleh memberikan tekanan fizikal kepada tubuh manusia dan sekiranya tidak dikawal boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang," katanya.
Sesi persekolahan di Kedah, Johor, Kelantan dan Terenganu dijadual bersambung pada 20 Mac ini, manakala negeri-negeri lain pada 21 Mac, selepas tamatnya cuti pertengahan penggal pertama 2016.
Bernama
Wed Mar 16 2016

Pihak sekolah harus mempertingkatkan pemantauan aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

500 pelajar tahfiz di Perlis akan didedah dengan program TVET
Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada pelajar yang sedang mengikuti program tahfiz di Perlis.

Cuaca terkawal, sesi persekolahan akan bersambung seperti biasa
Pihak sekolah bagaimanapun perlu mengambil langkah berwaspada untuk memastikan keselamatan pelajar.