Beberapa kawasan dan negeri di Semenanjung Malaysia bakal berdepan cuaca panas dan kering sepanjang Ogos hingga pertengahan September ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), fenomena itu berlaku akibat fasa monsun barat daya yang mendominasi keadaan cuaca negara sepanjang tempoh berkenaan.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, sepanjang Ogos, kebanyakan negeri di Semenanjung akan menerima hujan yang sedikit dan menyebabkan suhu meningkat pada siang hari.
“Keadaan cuaca yang kurang hujan maka kita dapati banyak kawasan akan berlaku kebakaran semak, kebakaran hutan dan sebagainya.
"Kita lihat keadaan ini dijangka berterusan sehingga bulan September di mana monsoon barat daya berakhir, diganti dengan fasa peralihan monsun pada ketika itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menerusi laporan MET Malaysia, kebanyakan tempat di semenanjung akan menerima hujan pada paras normal dengan jumlah 150mm hingga 250mm.
Sementara Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras normal antara 100mm dan 150mm.
Mengulas mengenai kebarangkalian jerebu akan melanda Malaysia, Dr Mohd Hisham berkata, pihaknya menjangkakan tidak akan berlaku jerebu rentas sempadan.
“Berdasarkan pada corak tiupan angin barat daya memang kita akan terima angin daripada Sumatera dan Kalimantan akan bertiup ke negara kita.
“Walau bagaimanapun kita dapati bilangan hotspot itu masih rendah. Dalam bilangan rendah kita tidak jangkakan akan berlaku jerebu rentas sempadan di mana jerebu dari indonesia memasuki negara kita,” katanya.
Tambah Dr Mohd Hisham, fenomena ini akan menyaksikan beberapa lokasi di pantai barat dan pedalaman semenanjung menerima taburan hujan melebihi paras normal menjelang Hari Raya Aidil Adha nanti.
“Kita jangkakan sekitar 19 – 21 Ogos, keadaan angin tidak berapa kencang di kawasan negara kita menyebabkan boleh terbentuk awan-awan hujan yang bersifat sementara. Apabila selepas Hari Raya Aidil Adha, kita jangkakan keadaan kembali tiada hujan untuk beberapa hari mendatang,” katanya.
Malik Ridhwan
Tue Aug 14 2018
Menurut MET Malaysia, fenomena itu berlaku akibat fasa monsun barat daya yang mendominasi keadaan cuaca negara sepanjang tempoh berkenaan. - Foto BERNAMA
Presiden Yoon enggan beri keterangan
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dilaporkan enggan memberi keterangan semasa sesi soal siasat.
'Elak makan kerang terdampar di pesisir Pantai Sura'
Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah mengambil sampel kerang untuk dianalisis di makmal bagi memastikan tiada biotoksin berbahaya.
Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.
Pengawal keselamatan didakwa miliki tiga parang tanpa maksud sah
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.
Visi TMJ gamit Rob Friend lonjak bola sepak kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, teruja untuk menerokai peluang dalam usaha menaikkan martabat bola sepak kebangsaan.
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara melalui pelancaran satelit UzmaSAT-1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.
TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Lega tambahan RM100 dalam sara, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.
Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.
Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.
Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
Cuaca panas: Trend kes lemas meningkat
Berdasarkan statistik, insiden lemas paling tinggi direkodkan di kawasan sungai, pantai dan tasik dan air terjun.