Pemberian cuti paterniti sektor swasta bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin tidak akan menjejaskan produktiviti golongan itu, sebaliknya akan membuatkan mereka kembali bekerja dengan lebih bersemangat dan efektif.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J Solomon berkata hanya majikan yang tidak cekap akan menafikan hak asasi pekerja berkenaan, mendakwa mereka (majikan) tidak dapat menguruskan perniagaan atau mencari alasan produktiviti pekerja akan terjejas.
"Sudah tiba masanya untuk majikan benar-benar menjaga keperluan asas pekerja dan bukan sekadar menghayati ketamakan korporat. MTUC sebenarnya telah meminta cuti paterniti selama satu bulan pada awal tahun lalu dan kami gembira kerana beberapa majikan mengesyorkannya," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Mengenai pengumuman (cuti paterniti untuk sektor swasta) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata ia akan diterima walaupun lebih bermakna jika cuti berkenaan diberi selama sebulan.
Bersempena Hari Pekerja tahun ini, perdana menteri pada Rabu mengumumkan kerajaan Barisan Nasional akan memperkenalkan inisiatif khas cuti paterniti mandatori sekurang-kurangnya tiga hari khusus untuk suami yang bekerja di sektor swasta bagi memupuk keluarga bahagia untuk warga pekerja.
Pindaan peruntukan undang-undang bagi melaksanakan inisiatif itu dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun hadapan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia Mohd Azrul Mohd Nor berkata untuk jangka masa panjang cuti paterniti mungkin dapat memberi kesan psikologi positif kepada suami untuk menjadi lebih efektif dalam pekerjaannya apabila turut dapat menguruskan keluarganya dengan baik.
Beliau berpendapat untuk memastikan kelancaran operasi syarikat, adalah lebih baik untuk suami yang bekerja memaklumkan pihak majikan lebih awal jika ingin memohon cuti paterniti dan menyelesaikan tugasnya sebelum bercuti.
"Sudah tentu secara tidak langsung memberi ruang kepada pekerja untuk lebih fokus pada kerja apabila kurang masalah dalam keluarga terutamanya melibatkan anak dan isteri. Ia juga akan menggalakkan majikan menjadi lebih prihatin dalam menjaga kebajikan pekerja," katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Omar Mat Piah berkata cuti paterniti yang diperuntukkan kepada sektor swasta itu dapat membantu golongan suami yang bekerja memainkan peranan mereka sebagai ketua keluarga menyambut anggota keluarga baharu.
Katanya, pekerja di sektor swasta patut gembira dengan 'hadiah' yang diumumkan perdana menteri dan peruntukan cuti itu akan menjadikan majikan lebih prihatian terhadap kebajikan pekerja mereka.
"Jika kerajaan tidak beri cuti pun suami tetap perlu ambil cuti kerana ia keperluan bagi menguruskan keluarga, bawa isteri buat rawatan susulan, menguruskan pendaftaran kelahiran dan sebagainya.
"Lebih-lebih lagi apabila bayi mahupun isteri mereka mengalami komplikasi sewaktu kelahiran. Ia akan membuatkan suami yang bekerja hilang fokus pada pekerjaannya," katanya.
Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia Azlina Othman pula berkataia merupakan satu inisiatif yang sangat relevan dan holistik dalam membentuk keluarga penyayang kerana suami dapat memberikan tumpuan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap keluarga.
Beliau turut berkata produktiviti pekerja sektor swasta tidak akan terjejas kerana ia bukansatu tempoh cuti yang panjang dan peruntukan itu ibarat satu penghargaan kepada pekerja serta membuatkan mereka lebih bersemangat untuk membina kehidupan yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 04 2018
![Cuti paterniti buat pekerja swasta laksana tugas dengan lebih efektif, tak jejas produktiviti Cuti paterniti buat pekerja swasta laksana tugas dengan lebih efektif, tak jejas produktiviti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61477754411_fatherbabychild.jpg)
Hanya majikan yang tidak cekap akan menafikan hak asasi pekerja berkenaan. - Gambar hiasan
"Definisi 'peniaga mikro' kita tak termasuk restoran" - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh memaklumkan jumlah kuota minyak masak paket bersubsidi setakat ini mencukupi dan tidak ada apa apa penambahan.
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Kuota 60 ribu matrik tan sebulan adalah mencukupi" - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh memaklumkan jumlah kuota minyak masak paket bersubsidi setakat ini mencukupi dan tidak ada apa apa penambahan.
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.
![Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739762514_HARIPERTAMASEKOLAH.jpg)
Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.
Hari Pertama Persekolahan 2025: SK Taman Pelangi Meriah dengan Kehadiran Ibu Bapa dan Menteri
Suasana sesi persekolahan hari pertama tahun 2025/2025 Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi hari ini meriah dengan ratusan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang menemani anak-anak mereka. Kehadiran Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shaari turut mengadakan kunjungan melihat persekitaran sekolah baharu, SK Taman Pelangi, Semenyih. #AWANInews
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan. #AWANInews
![Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739760045_aaronago.jpg)
Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan
Peranan KRT dalam menyelesaikan polemik itu memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap badan itu sebagai agen perpaduan.
AWANI Ringkas: Tingkah laku rasis tidak boleh diterima
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TikTok Shop Live Hub: Perkasa kemahiran e-dagang peniaga PMKS
Kerjasama ini juga turut menyasarkan penyediaan 12 studio Live Hub di beberapa negeri termasuk Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Sarawak dalam masa beberapa bulan akan datang.
KDNK Malaysia: Bagaimana 5.1% mempengaruhi keputusan pelaburan?
Ekonomi Malaysia berkembang 5.1% pada tahun 2024 namun terdapat isyarat kelembapan dalam momentum pertumbuhan? Kupasan bagaimana kadar ini mempengaruhi pelaburan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
![Menteri Scotland, Humza Yousaf ambil cuti paterniti Menteri Scotland, Humza Yousaf ambil cuti paterniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709595504_humzayousafwife.jpg)
Menteri Scotland, Humza Yousaf ambil cuti paterniti
Humza Yousaf layak ambil cuti paterniti sehingga dua minggu sebaik sahaja anaknya dilahirkan.
![Parlimen lulus pindaan akta naikkan cuti paterniti kepada 7 hari Parlimen lulus pindaan akta naikkan cuti paterniti kepada 7 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647867776_IbuBersalin.jpg)
Parlimen lulus pindaan akta naikkan cuti paterniti kepada 7 hari
Ia bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.
![Suarakan pendapat mengenai cuti paterniti 7 hari - Hannah Yeoh Suarakan pendapat mengenai cuti paterniti 7 hari - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51573818101_HannahYeoh.jpg)
Suarakan pendapat mengenai cuti paterniti 7 hari - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berkata, biarpun cuti paterniti selama tiga hari untuk sektor swasta telah dicadangkan, ada yang berpandangan ia tidak cukup.
![Cuti paterniti: Kerajaan akan terus siri perbincangan - Dr Wan Azizah Cuti paterniti: Kerajaan akan terus siri perbincangan - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561039393_TimbalanPerdanaMen.jpg)
Cuti paterniti: Kerajaan akan terus siri perbincangan - Dr Wan Azizah
Kerajaan akan mendapatkan kata sepakat isu cuti paterniti untuk pekerja swasta menerusi siri perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk majikan.
![Cuti paterniti buat pekerja swasta laksana tugas dengan lebih efektif, tak jejas produktiviti Cuti paterniti buat pekerja swasta laksana tugas dengan lebih efektif, tak jejas produktiviti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61477754411_fatherbabychild.jpg)
Cuti paterniti buat pekerja swasta laksana tugas dengan lebih efektif, tak jejas produktiviti
Pemberian cuti paterniti sektor swasta bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin tidak akan menjejaskan produktiviti golongan itu.
![Cuti paterniti 30 hari perlu dikaji - MTUC Cuti paterniti 30 hari perlu dikaji - MTUC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81507630575_abdulhalimmansor.jpg)
Cuti paterniti 30 hari perlu dikaji - MTUC
Kaji selidik perlu dibuat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengusulkan perkara itu dengan Kementerian Sumber Manusia yang mempunyai pegawai dan pakar berkaitan.
![CIMB perkenal cuti paterniti berbayar sebulan kepada kakitangannya CIMB perkenal cuti paterniti berbayar sebulan kepada kakitangannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61477754411_fatherbabychild.jpg)
CIMB perkenal cuti paterniti berbayar sebulan kepada kakitangannya
Mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan (30 hari berturut-turut mengikut kalendar).