Anggapan dadah sintetik sebagai 'party drug' yang tidak mempunyai kesan serius jangka panjang membuatkan usaha memerangi dadah lebih sukar daripada sebelumnya, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Nur Jazlan yang juga Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) berkata dadah sintetik yang diklasifikasikan sebagai 'New Psychoactive Drug' (NPS) sebenarnya mempunyai kesan ketagihan yang jauh lebih kuat serta meninggalkan kerosakan otak kekal dan teruk ke atas penagih.
"Kemunculan pelbagai bentuk dadah sintetik yang dihasilkan di dalam makmal adalah jauh lebih murah berbanding dadah tradisional merupakan cabaran dalam memerangi dadah hari ini," katanya dalam satu kenyataan bersempena Hari Ulang Tahun Pemadam ke-42 hari ini.
Menyedari akan cabaran yang dihadapi itu, Nur Jazlan berkata Pemadam akan terus berusaha mendekati orang muda dan memperluas jaringan aktivis mahasiswa dan pemimpin belia dalam memastikan ancaman dadah jenis baharu tersebut dapat dikekang dan dibasmi agar ia tidak merosakkan masa depan anak bangsa.
Beliau berkata lebih 20 institusi pengajian tinggi dan empat kolej universiti swasta telah mewujudkan Kelab Mahasiswa Pemadam pada tahun lepas dan usaha tersebut akan diteruskan pada tahun ini untuk memerangi gejala dadah di negara ini.
Nur Jazlan turut meminta aktivis dan penggiat Pemadam di seluruh negara agar mempergiat usaha murni menyelamatkan anak bangsa daripada gejala dadah.
"Semua aktivis dan penggiat Pemadam harus menjadi 'tangan-tangan' yang akan menarik dan memapah mereka yang telah terjebak untuk keluar dari dunia ketagihan dan kembali membina semula sebuah hidup yang penuh erti," katanya.
Pemadam, sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 1976, memainkan peranan mengumpul dan menggembleng sumber kepakaran, tenaga dan dana serta mencari pendekatan terbaik dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah.
Menurut Nur Jazlan, lebih 200 program dijalankan oleh Pemadam pada tahun lepas melalui sekretariat kebangsaan dan lebih 1,500 program tempatan dianjurkan oleh Pemadan negeri, daerah parlimen, Kelab Mahasiswa Pemadam, aktivis Pemadam di seluruh negara.
--BERNAMA
Bernama
Fri Mar 23 2018
Dadah sintetik yang dihasilkan di dalam makmal adalah jauh lebih murah berbanding dadah tradisional. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Perhimpunan Agung PBB terima resolusi tangani cabaran dadah sintetik
Galakkan negara-negara anggota untuk meneroka pendekatan yang inovatif bagi menangani ancaman yang ditimbulkan oleh dadah sintetik.
Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anaknya sudah mulai senyum dan menyapa apabila dipanggil namanya.
Trend dadah sintetik semakin mencabar - AADK
Jika penularan penyalahgunaan dadah sintetik tidak segera dibendung, bimbang ia akan merosakkan keharmonian Keluarga Malaysia.
Penggunaan dadah sintetik dalam kalangan remaja di Perak membimbangkan
Trend penggunaan dadah ATS itu dikesan tahun lepas dengan melibatkan 68.7 peratus daripada keseluruhan 9,335 orang yang dikenal pasti terlibat.
Ramai sakit mental, kerajaan timbang tubuh pusat pemulihan khas buat penagih dadah
Kerajaan akan menimbang keperluan untuk menubuhkan pusat pemulihan khas bagi mereka yang menghidap sakit mental akibat pengambilan dadah sintetik seperti pil kuda dan syabu.
Dadah sintetik tinggalkan kerosakan otak kekal
Pelbagai bentuk dadah sintetik dihasilkan dan dijual jauh lagi murah berbanding dadah tradisional.
Malaysia tidak tunduk resolusi 'halalkan' pengunaan dadah - TPM Ahmad Zahid
Beberapa negara dilaporkan telah kemukakan cadangan kepada PBB supaya keluarkan resolusi untuk benarkan penggunaan dadah secara persendirian.
Kemunculan dadah sintetik baharu ancam Asia - PBB
Kemunculan dadah sintetik jenis baharu dan lebih memudaratkan di Asia Tenggara menyebabkan negara serantau meningkatkan usaha memerangi ancaman itu yang semakin rumit.