Pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan e-hailing yang memenuhi syarat memohon Lesen Vokasional (PSV - Teksi/E-hailing) boleh mendaftar di Institut Memandu dan Pusat Latihan Memandu E-hailing Operator (eHO) yang diiktiraf Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 April, ini.
Menurut JPJ dalam satu kenyataan pada Rabu, modul latihan Lesen Vokasional (PSV - Teksi/E-hailing) yang terlibat adalah selama enam jam dengan kadar yuran siling yang ditetapkan oleh kerajaan sebanyak RM200.
"Pelaksanaan ini melibatkan pemandu dan kenderaan e-hailing yang bertindak sebagai kenderaan perkhidmatan awam, yang setara dengan pemandu kenderaan perkhidmatan teksi, kereta sewa dan teksi mewah.
Oleh itu, mana-mana pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan e-hailing hendaklah memiliki Lesen Vokasional (PSV - Teksi/E-hailing) seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987)," menurut kenyataan itu.
JPJ akan mengeluarkan dan mencetak bentuk fizikal lesen vokasional yang baharu manakala lesen pemandu teksi sedia ada iaitu Lesen Vokasional (PSV-Teksi) akan dikemas kini kepada bentuk fizikal baharu ketika pemandu berkenaan membuat pembaharuan Lesen Vokasional (PSV).
"Kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan persendirian e-hailing pula masih kekal seperti kenderaan persendirian individu iaitu mengikut kuasa enjin (cc) kenderaan, termasuk Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, sebarang perubahan kadar fi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, kenderaan yang digunakan sebagai kenderaan perkhidmatan e-hailing yang usianya kurang daripada tiga tahun hendaklah menjalani proses tukar kegunaan daripada Kenderaan Persendirian Individu kepada Kenderaan Persendirian e-hailing bagi mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 12(3) dan Seksyen 12(4) APJ 1987.
"Permohonan tukar guna tersebut boleh dikemukakan pemandu e-hailing atau pembawa dokumen di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan cawangan di seluruh negara kecuali UTC (Pusat Transformasi Bandar) bermula 1 April," katanya.
Bagi proses tersebut, pemohon perlu melampirkan beberapa dokumen sokongan seperti Borang JPJK8 (Pind.1/2016) - Borang Pindaan/Pembetulan Butir Kenderaan dan Pemilik Berdaftar Seksyen 12 APJ 1987, Borang Pengisytiharan Kenderaan Persendirian e-hailing (JPJ-EH1), Maklumat Laporan Pemeriksaan Berkala PUSPAKOM (VR1) yang berkuat kuasa bagi kenderaan yang telah mencapai had usia tiga tahun dari tarikh pendaftaran, borang pengesahan e-hailing (Electronic Vehicle Permit - eVP) dan Kategori kenderaan yang dibenarkan adalah jenis motokar, jip, van, kenderaan pelbagai utiliti dan pikap (bagi Sabah dan Sarawak sahaja).
JPJ juga menjelaskan, semua kenderaan persendirian e-hailing perlu melekatkan pelekat khas kenderaan e-hailing yang akan dikeluarkan oleh pihak eHO seperti garis panduan yang telah ditetapkan oleh JPJ.
"Selain itu, bagi kenderaan yang telah mencapai usia tiga tahun dan ke atas dari tarikh pendaftaran hendaklah menjalani Pemeriksaan Awalan Terpakai di PUSPAKOM terlebih dahulu sebelum melakukan penukaran kod kegunaan di JPJ," katanya.
Pemeriksaan itu boleh dilakukan di 54 cawangan PUSPAKOM di seluruh negara dan lapan PUSPAKOM bergerak yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bagi kenderaan e-hailing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2019
Mana-mana pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan e-hailing hendaklah memiliki Lesen Vokasional (PSV - Teksi/E-hailing) seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987). - Gambar hiasan
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.
GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.
Seorang maut, dua cedera kereta dinaiki dilanggar lori
Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bestari, Klang, di sini hari ini.
Parlimen: OKU miliki lesen memandu kelas D/DA boleh mohon lesen PSV e-hailing
Dasar semasa tidak menghalang Orang Kurang Upaya (OKU) dari kategori pendengaran termasuk pertuturan yang memiliki kad OKU dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) Kelas D/DA untuk memohon PSV E-Hailing.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal
Dengan itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.
Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi
Fahmi berkata hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini telah mencapai kata putus.
Tetapkan harga lantai e-hailing, tambang mungkin naik - Anthony
MOT belum berhasrat untuk mengawal selia tambang e-hailing buat masa kini kerana sekiranya harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna juga mungkin meningkat.
Kejadian wanita terjun kenderaan e-hailing cuma salah faham
Pemandu e-hailing yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita terjun dari kenderaan yang dinaikinya di Jalan Temasya Glenmarie, Rabu lalu disahkan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.