Dipercayai berang dengan tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang didakwa hendak merampas peralatan di kedainya tanpa sebarang notis, seorang peniaga bertindak nekad melarikan kenderaan penguatkuasa itu sebelum membawanya ke sebuah balai polis, dalam kejadian pada Khamis malam.
Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.50 malam tadi itu, sepasukan penguatkuasa MBPP sedang menjalankan operasi penguatkuasaan ke atas beberapa buah kedai makan yang beroperasi di Jalan Bagan Jermal, di sini.
Kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pasukan penguatkuasa yang dikatakan gagal memberi sebarang notis amaran sebelum melakukan rampasan, peniaga berusia 27 tahun itu bertindak melarikan lori milik MBPP itu, dipercayai bagi mengelak pasukan penguatkuasa merampas meja dan kerusi di kedainya.
Peniaga terbabit, Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain kemudiannya memandu kenderaan itu terus ke Balai Polis Pulau Tikus sebelum membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu.
Beliau mendakwa bertindak demikian akibat tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan penguatkuasa MBPP yang cuba untuk merampas peralatan di kedainya buat kali ketiga.
Katanya, tindakan dilakukannya itu juga bertujuan mengelak berlakunya pergaduhan sebaliknya ingin menyelesaikan perkara itu secara baik dengan membuat laporan polis.
Menurut Mohammad Haziq, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen daripada MBPP sebelum ini tetapi ditolak dengan pelbagai alasan.
Selain Mohammad Haziq, beberapa peniaga yang ditemui turut melahirkan kekesalan dengan tindakan pihak penguatkuasa yang didakwa mengambil tindakan keatas mereka tanpa sebarang notis amaran.
Dakwa mereka, selain tidak mengganggu lalu lintas, mereka turut mengambil berat aspek kebersihan di kawasan itu.
“Pukul 9 lebih, MBPP datang kedai dan merampas semua barang. Notis pun mereka tidak bagi. Kalau ada notis awal, kami boleh terima lagi benda ini.
“Ini notis tidak kasi dan mereka terus rampas,” kata seorang peniaga Mohd Zambri Mohd Said.
Kata seorang lagi peniaga Abdul Muhaimin Mohd Hassan, “Selepas berniaga kami akan sapu bersih dan buang kotoran. MBPP pun tidak perlu sapu. Satu sampah pun kami tidak tinggal.”
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan reaksi dari MBPP dan pihak berkuasa berhubung insiden terbabit.
Astro Awani
Fri May 05 2017
Tidak berpuas hati dengan pasukan penguatkuasa yang gagal memberi sebarang notis amaran sebelum melakukan rampasan, peniaga berusia 27 tahun itu bertindak melarikan lori milik MBPP. - Foto Astro AWANI
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Peniaga larikan lori MBPP ditahan
Peniaga tersebut ditahan sejurus selepas kejadian selepas didakwa cuba melakukan kekerasan dan menakutkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.
Dakwa dianiaya, peniaga nekad rampas kenderaan milik MBPP
Seorang peniaga nekad melarikan kenderaan penguatkuasa itu sebelum membawanya ke sebuah balai polis.