Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad membidas dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa bandar Port Dickson tidak membangun.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menyifatkan tuduhan sedemikian sebagai tidak berasas dan beranggapan pihak yang berkempen menggunakan isu berkenaan mempunyai 'masalah penglihatan'.
"Banyak pembangunan (telah) dikecapi bandar pelancongan ini yang dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu. Mereka ini ada masalah penglihatan dan perlu menggunakan cermin mata. Banyak pembangunan dikecapi antaranya pembinaan lebuh raya Seremban-Port Dickson dan penyediaan infrastruktur lengkap untuk kemudahan rakyat.
"Tinggal lagi kita cuma perlu meningkatkan lagi kemajuan dan pembangunan di daerah ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berkhatan di Kampung Pachitan, di sini, hari ini.
Mohd Isa yang juga bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam pada itu berkata beliau bercadang untuk mengusulkan mengenai pelebaran jalan Sepang-Lukut kepada empat lorong sekiranya mendapat mandat daripada rakyat, 13 Okt ini.
Katanya, ia sebahagian daripada langkah menarik lebih ramai pelancong ke daerah itu.
Hari ini merupakan hari kelapan kempen PRK Parlimen Port Dickson sejak ia bermula pada 29 Sept lepas.
PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Mohd Isa.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Parlimen Port Dickson mempunyai 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Okt ini sebagai hari pengundian dan Selasa depan sebagai hari pengundian awal.
Bernama
Sat Oct 06 2018
![Dakwaan PD tidak membangun tidak berasas - Isa Samad Dakwaan PD tidak membangun tidak berasas - Isa Samad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61538067050_IsaSamad.jpg)
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menyifatkan tuduhan sedemikian sebagai tidak berasas dan beranggapan pihak yang berkempen menggunakan isu berkenaan mempunyai 'masalah penglihatan'. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Februari 2025
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
AWANI Pagi: Cipta Kirana: Kelestarian seni reka teknologi barang kemas
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Prof Madya Dr. Hanif Khairi, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Muhammad Saiful Hazim Mohamad Affandi, pelajar tahun akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM membincangkan mengenai Cipta Kirana iaitu sebuah pameran seni yang menampilkan keunikan dan kehalusan reka bentuk barang kemas serta produk logam anjuran Jabatan Seni Reka Teknologi Barang Kemas, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam, Selangor.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
Smart Cities: Making Malaysian Cities Among the World's Most Liveable
Discover key strategies to transform Malaysian cities into global benchmarks for liveability, from smart infrastructure to sustainable urban planning with Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
![Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739413749_FadzliHassan.jpg)
Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan
Persaingan dari bandar di sempadan Thailand antara faktor menyebabkan bandar seperti Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor semakin sepi.
Unjuran KDNK 2024: Menilai realiti ekonomi vs jangkaan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi sejauh mana angka ini mencerminkan realiti sebenar rakyat? Adakah pemulihan ekonomi ini benar-benar dirasai atau sekadar statistik? Diskusi lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
![Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739412628_EricSchmidt.jpg)
Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas
Korea Utara, Iran atau bahkan Rusia boleh menggunakan teknologi AI untuk mencipta senjata biologi, kata Eric Schmidt.
![Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
![Kimanis Memilih: Mohamad Hasan digesa mohon maaf - Shafie Kimanis Memilih: Mohamad Hasan digesa mohon maaf - Shafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578237824_shafieapdal.jpg)
Kimanis Memilih: Mohamad Hasan digesa mohon maaf - Shafie
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan telah mengarahkan wakil guaman menghantar surat menggesa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengemukakan permohonan maaf.