Kaedah digunakan pendakwah dari India, Dr Zakir Naik yang dianggap merendahkan agama lain tidak sesuai dengan budaya negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki kepelbagaian kaum dan etnik.
“Secara peribadi saya merasakan kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir tidak sesuai, di mana kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama lain, sebaliknya kita lebih sesuai dengan kaedah berdialog,” katanya dalam ucaptama di Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, hari ini.
Katanya, umat Islam seharusnya menerima perbezaan di sebuah negara majmuk dengan fikiran terbuka dan saling memahami.
“Kepelbagaian ini seharusnya kita terima dengan baik dan tidak anggap ia sebagai suatu musibah atau kecelakaan sebaliknya suatu hakikat yang perlu kita tangani dengan baik sebagai rakyat.
“Kalau kita fahami susur galur itu, kita akan terheret dengan masalah lebih besar iaitu perkauman sempit yang secara langsung menunjukkan Islam itu sempit yang menjadikan kita terhimpit,” katanya.
Dr Zakir merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 dan sering menyampaikan ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia.
Beliau disiasat pihak berkuasa India sebelum ini atas dakwaan pengubahan wang haram dan jenayah berkaitan keganasan.
Sinar Harian
Thu Sep 27 2018

MUJAHID: Secara peribadi saya merasakan kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir tidak sesuai. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Mujahid dipanggil beri keterangan di Bukit Aman
Difahamkan, kehadiran beliau ke ibu pejabat tersebut adalah susulan kenyataan beliau berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong Mac lalu.

Henti ambil kesempatan berkaitan Zakir Naik untuk dijadikan isu politik - Mujahid
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa pihak-pihak tertentu supaya berhenti mempolitikkan dan mengambil kesempatan atas isu pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.

5,000 aduan berkaitan hina agama, Nabi diadu ke PDRM, SKMM - Mujahid
Kira-kira 5,000 aduan berkaitan penulisan atau provokasi bersifat menghina agama yang diterima melalui unit pemantau Jakim telah dirujuk kepada pihak berkuasa.

Hayati Istiadat Pertabalan Agong - Mujahid
Institusi Yang di-Pertuan Agong perlu dijadikan payung kedaulatan Negara.

Malaysia tetap tolak kekejaman, hubungan diplomatik dengan Israel - Mujahid
Pendirian itu juga harus dizahirkan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menunjukkan solidariti dan bersama berjuang mengutuk keganasan dan penindasan ke atas umat Islam di bumi Gaza itu.
![[PERSPEKTIF] Pastikan politik keterbukaan tidak dimanipulasi golongan ekstrem [PERSPEKTIF] Pastikan politik keterbukaan tidak dimanipulasi golongan ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81541510527_mujahid.jpg)
[PERSPEKTIF] Pastikan politik keterbukaan tidak dimanipulasi golongan ekstrem
Lembaran 2019 adalah ujian sebenar kemampuan Pakatan Harapan memimpin Malaysia Baru.

Dakwah Dr Zakir tak sesuai di negara ini?
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki kepelbagaian kaum dan etnik.

Amanah tidak perlu tunduk kepada realiti politik - Mujahid Yusof Rawa
Kekalahan parti Amanah kepada Barisan Nasional di dua pilihan raya kecil (PRK) tidak membawa maksud mereka harus melupakan perjuangan parti, kata Naib Presidennya.

Mujahid pula umum letak semua jawatan di Pulau Pinang selepas Mat Sabu
Keputusannya itu adalah bagi menghormati pendirian Dewan Ulama PAS untuk memutuskan hubungan dengan parti DAP.

Isu kalimah Allah perlu ditangani dengan teliti
Ahli parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata isu kalimah Allah perlu ditangani dengan lebih teliti dan bukan sekadar menentukan ia boleh atau tidak digunakan.