Malaysia perlu mengambil langkah bagi memastikan pihak yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 bertanggungjawab atas perbuatan kejam itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata selepas Lembaga Keselamatan Belanda mendedahkan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu BUK dari wilayah dikuasai pemberontak di timur Ukraine, siasatan jenayah yang masih dijalankan perlu memberi jawapan tepat dan membenarkan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab itu.
"Siasatan jenayah yang masih dijalankan diketuai Belanda dengan sokongan kita perlu memberi jawapan pasti untuk kita meneruskan tindakan paling keras terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Najib berkata beliau menghubungi Perdana Menteri Belanda Mark Rutte, Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull dan Lembaga Keselamatan Belanda, sebelum laporan tragedi itu, diumumkan hari ini.
Beliau berkata tragedi itu sesuatu yang tidak boleh dibayangkan, dan daripada 160 penerbangan yang melalui laluan sama seperti MH17, tiada satupun dinasihatkan oleh pihak berkuasa mengenai sebarang ancaman.
"Lima belas bulan sudah berlalu, tetapi komitmen kita untuk membawa dalang itu ke muka pengadilan kekal kukuh seperti pada hari malang 17 Julai 2014, di mana ratusan orang tidak berdosa terkorban dalam konflik yang tiada kaitan dengan mereka," katanya.
Sebanyak 298 mangsa terkorban dalam tragedi itu, termasuk 43 rakyat Malaysia.
Najib berkata banyak anggota keluarga mangsa turut berada di Belanda hari ini, untuk mendengar taklimat mengenai laporan itu.
"Ia menjadi satu perjalanan yang sukar dan akan kekal begitu terutama mereka yang kehilangan anggota keluarga tersayang, yang masih dalam ingatan dan doa saya," katanya.
Bernama
Tue Oct 13 2015

NAJIB: Siasatan jenayah yang masih dijalankan diketuai Belanda dengan sokongan kita perlu memberi jawapan pasti untuk kita meneruskan tindakan paling keras terhadap mereka yang bertanggungjawab. - Foto EPA

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.

Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data
Netflix didapati gagal memberi maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.

Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan
Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu.

Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.

Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".

Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.

EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons dan Harry Kane.

EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara
Belanda terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.