Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.
Pada masa sama, katanya, Malaysia perlu mengemukakan usul kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung tindakan provokasi dilakukan Korea Utara susulan halangan rakyat Malaysia keluar dari negara itu.
"Kita juga boleh minta bantuan negara-negara yang masih ada hubungan mesra dengan Korea Utara supaya bantu bebaskan warganegara Malaysia," katanya semasa ditemui media di lobi parlimen di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun menyokong reaksi balas dibuat Malaysia berhubung tindakan Korea Utara menghalang warga Malaysia daripada keluar dari negara itu.
"Ini (kenyataan Timbalan Perdana Menteri) adalah reaksi daripada kenyataan Korea Utara. Ini bukan dibuat oleh pihak Malaysia.
"Mereka (Korea Utara) yang buat dulu, inilah balasan , ini sudah biasa dalam peringkat diplomatik. Apa yang dilakukan oleh Malaysia hanyalah reaksi daripada balasan provokasi yang dijalankan oleh Korea Utara,"
Tegasnya, parti pembangkang sedia mengetepikan agenda politik demi kepentingan rakyat.
"Bagi pihak DAP, kami tidak akan politikkan urusan luar negara. Kami tidak pernah mempunyai pendirian berlainan dalam perkara ini," katanya lagi.
Justeru beliau berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk mempolemikkan keadaan dengan tindakan parti itu.
Sementara itu, PAS turut menyokong usaha kerajaan mengutuk tindakan provokasi dilakukan Korea Utara terhadap Malaysia, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan
Tegasnya, parti itu akan bersama dengan negara untuk mencapai jalan penyelesaian berhubung isu berkenaan melalui undang-undang yang ditetapkan Malaysia.
"Korea Utara sepatutnya rasional kerana dalam dunia geopolitik hari ini tidak sepatutnya dia bertindak demikian kerana dunia hari ini kita di zaman tidak bertamadun tetapi sekarang ini kita zaman rundingan.
"Tidak ada untung bila bersifat begitu dalam apa jua keadaan pun," katanya semasa ditemui media di lobi parlimen di sini hari ini.
Rahimah Abdullah
Tue Mar 07 2017

Parti pembangkang sedia mengetepikan agenda politik demi kepentingan rakyat. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.

Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.