Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) memudahkan perjalanan operasi haji dalam pelbagai sektor, namun ramai yang kurang mengetahui peranan besar 'big data' atau data raya dalam melancarkan perjalanan dan merancang operasi haji untuk masa hadapan.
Dengan perkembangan pesat data raya dalam ICT, Lembaga Tabung Haji (TH) tidak ketinggalan mengambil peluang untuk membuat penambahbaikan operasi hajinya setiap tahun terutama melibatkan pengangkutan, kesihatan, kewangan dan kebajikan jemaah.
Pengarah Operasi (Teknologi Maklumat) TH, Za'aba Arpan berkata sememangnya TH telah mengadaptasi data raya namun dalam kaedah berbeza yang mana data yang diperoleh daripada pelbagai sistem disalurkan untuk kegunaan pihak pembuat keputusan, pengurusan dan petugas haji sendiri.
"Setiap data diperlukan itu dipaparkan supaya boleh buat keputusan pada masa itu, manakala data diperoleh bila tamat musim haji dibawa ke pihak atasan untuk perancangan masa depan, jadi setiap tahun akan jadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama.
Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia mengerjakan rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.
Data raya menggambarkan jumlah data yang besar digunakan organisasi untuk banyak perkara terutama analisis untuk merancang kepada pengambilan keputusan dan strategi organisasi yang lebih baik serta berkesan.
Za'aba berkata ICT merupakan tulang belakang operasi haji yang mana ia membolehkan operasi di Madinah, Jeddah dan di sini dipusatkan seterusnya merealisasikan penyaluran data ke hujung jari petugas serta pengurusan untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
Beliau berkata setiap sektor operasi haji mempunyai sistem yang tersendiri seperti sistem Sihat untuk kesihatan dan Sistem Bersepadu untuk pengurusan haji, selain sistem-sistem untuk pengurusan kewangan, pemantauan pergerakan jemaah haji dan pengurusan aduan.
"Tetapi bila pengguna terpaksa buka satu-satu sistem ini (untuk dapatkan maklumat), ia akan bertentangan dengan tujuan maklumat di hujung jari untuk petugas dan pengurusan kita, jadi kita perkenal sebuah sistem iaitu Haj Mobility yang mana mereka hanya perlu akses ini sahaja untuk dapatkan semua maklumat," katanya.
Katanya TH setiap tahun akan membuat penambahbaikan terhadap bagaimana ICT itu dapat membantu perjalanan operasi haji dan ini dibuat dengan mengadakan 'post-mortem' sebulan selepas semua petugas haji kembali sebelum menyerahkan hasilnya kepada pihak pengurusan.
Za'aba berkata dalam merancang penambahbaikan itu, pihaknya melihat kepada tiga faktor iaitu proses, manusia dan teknologi yang mana berdasarkan pengalamannya, proses adalah faktor terpenting dalam menentukan perjalanan operasi haji pada masa hadapan.
"Kami ikut keperluan pengguna, kalau nak proses baharu maknanya untuk itu akan ada perubahan pada ICT kita. Kita akan bincang dengan pelbagai pihak terutama Jabatan Haji (TH) dan tahun depan kita tentukan operasi bagaimana," katanya yang telah melihat perkembangan ICT untuk operasi haji sejak 1988.
Pegawai Teknikal IT TH, Mariam Awaludin berkata semua sistem yang digunakan oleh TH untuk operasi haji adalah berbentuk platform 'web-based' yang mana platform itu tidak memerlukan 'server' atau pelayan secara fizikal di Makkah tetapi pelayan yang menyimpan data itu berada di Malaysia dikendalikan petugas TH.
"Melalui platform ini pengguna di sini hanya perlu sambungan internet dan boleh mencapai sistem menggunakan berbilang alat seperti komputer, laptop, tab dan telefon pintar. Ia juga memudahkan proses pemantauan petugas IT di sini dan di lapangan yang mencabar terutama ketika Masyair.
"Persediaan pangkalan data untuk semua sistem ini bermula di Malaysia sebelum operasi haji, yang mana kami akan muatkan pangkalan data jemaah haji serta petugas, kemudian data itu akan dikemas kini oleh sistem berdasarkan input di sini, jadi bila tamat musim itu kita dapat satu set data baharu untuk dibawa ke pihak pengurusan dan pembuat keputusan," katanya.
Contohnya dalam sistem Sihat, katanya terdapat modul farmasi yang mana pengguna sistem terdiri daripada ahli farmasi dan doktor mengetahui jumlah ubat digunakan dan ubat tinggal selepas musim haji, maka keputusan akan dibuat untuk jumlah ubat perlu ditambah dan jumlah ubat boleh digunakan lagi untuk musim haji tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019
Za'aba menunjukkan sistem Haj Mobility ketika ditemu bual dengan Bernama di Ibu Pejabat TH Makkah, Abraj Janadriyah di Makkah, 17 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
Tumpuan Jumaat – 29 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 cedera dalam kemalangan berangkai melibatkan 53 kereta
Menurut pihak polis tempatan pada Khamis, kemalangan itu berlaku sekitar jam 5:50 petang hari rabu waktu tempatan.
Banjir dan tanah runtuh di Sri Lanka ragut 12 nyawa
Banjir dan tanah runtuh di bahagian timur dan tengah Sri Lanka mengorbankan sekurang-kurangnya 12 nyawa.
Tragedi berlaku selepas hujan lebat melanda Sri Lanka sepanjang tiga hari lalu.
Tragedi berlaku selepas hujan lebat melanda Sri Lanka sepanjang tiga hari lalu.
9 terbunuh, 40 rumah tertimbus akibat tanah runtuh
Penolong Ketua Pegawai Pentadbiran bagi daerah Bulambuli, Ramazan Twalla berkata, tanah runtuh itu melanda tiga daerah kecil pada malam rabu, menimbus kira-kira 40 rumah.
Banjir kilat di Pulau Sumatera ragut paling kurang 20 nyawa
Pasukan penyelamat Indonesia menemukan sekurang-kurangnya 20 mayat dan sedang mencari dua penduduk kampung yang masih hilang selepas banjir kilat di Pulau Sumatera.
Operasi pencarian bertambah sukar apabila bencana itu menyebabkan lumpur dan batu-batu jatuh dari lereng gunung.
Operasi pencarian bertambah sukar apabila bencana itu menyebabkan lumpur dan batu-batu jatuh dari lereng gunung.
Israel langgar perjanjian gencatan senjata di Lubnan
Walaupun Israel dan Hezbollah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di Selatan Lubnan berkuat kuasa 27 November, serangan terus dilancarkan tentera rejim zionis di beberapa kampung.
Keamananan Asia Barat hanya akan dicapai apabila Palestin Merdeka
Keamanan di Timur Tengah hanya akan dicapai apabila wujudnya Palestin yang merdeka, bebas dan berdaulat.
BNM arah ITO semak kenaikan premium, pastikan harga wajar
Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.
Menerusi kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis, ia termasuk menguruskan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful.
Menerusi kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis, ia termasuk menguruskan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful.
Jalan putus di Padang Terap, penduduk terperangkap
Banjir yang semakin memburuk di Kedah telah menyebabkan ramai penduduk terperangkap apabila beberapa jalan utama terputus dan tidak dapat dilalui kenderaan.
Kaedah 'big data' boleh disesuaikan dengan pendekatan normal baharu - Maszlee
Tenaga pengajar perlu menggunakan kreativiti mereka untuk mencungkil daya pemikiran kritikal dalam kalangan murid dan pelajar.