Membangunkan semula flat lama milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan antara langkah dalam menyediakan 50,000 rumah mampu milik di ibu negara, yang menjadi iltizam Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.
"DBKL telah meluluskan lebih kurang 25,000 rumah mampu milik dalam mencapai sasaran tersebut dan projek-projek ini sedang berjalan dengan lancar di seluruh ibu negara," katanya kepada Bernama dalam satu temubual baru-baru ini.
Beliau yang dilantik ke jawatan itu mulai 18 Julai lalu, berkata antara iltizam lainnya untuk Kuala Lumpur ialah memperbaiki sistem penyampaian dengan langkah penyusunan semula DBKL yang dijalankan awal Ogos lalu bagi memperkukuhkan fungsi dewan bandaraya.
"Saya akan memanfaatkan sebaiknya pengalaman berkhidmat selama 37 tahun dengan DBKL bagi memberikan yang terbaik untuk Kuala Lumpur dengan kerjasama seluruh warga perbandaran," katanya.
Mhd Amin juga akan memberi penumpuan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan awam seperti jalan raya, lampu dan sebagainya bagi memastikan warga kota mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik.
Memahami Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang mempunyai kepadatan penduduk dan pembangunan yang tinggi, beliau juga bertekad untuk fokus menyelesaikan semua aduan yang diterima oleh penduduk memandangkan DBKL adalah antara pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menerima aduan paling tinggi.
Selain itu, beliau juga akan berusaha untuk menjadikan ibu kota sebagai 'Bandar Ceria' melalui penganjuran program-program dan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti kegiatan sukan dan riadah.
Mhd Amin juga bakal memberi perhatian khusus dalam menangani isu warga asing, barangan tiruan, maksiat, judi dan sebagainya dengan menjalinkan kerjasama secara konsisten dengan agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui operasi-operasi bersepadu.
Beliau berkata peruntukan RM4 bilion untuk pembangunan bandar dalam jangka masa lima tahun ini, akan dimanfaatkan sebaiknya bagi memastikan warga kota mendapat kemudahan asas terbaik dalam mencapai status bandar raya bertaraf dunia.
Dalam melaksanakan iltizam baharunya, Mhd Amin akan meneruskan usaha-usaha dan program-program sebelum ini seperti program KL Pagi Bebas Kenderaan, pembinaan trek berbasikal, penghijauan bandar Kuala Lumpur, pengawasan cerun selain menangani isu sedia ada seperti iklan haram dan sebagainya.
Mhd Amin yang memegang jawatan Ketua Pengarah DBKL sebelum ini, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu untuk tempoh dua tahun bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Phesal Talib yang tempoh kontraknya tamat pada 17 Julai lepas.
Bernama
Tue Aug 25 2015

Membangunkan semula flat lama milik DBKL antara langkah dalam menyediakan 50,000 rumah mampu milik di ibu negara. - Gambar fail flat Pekeliling

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Op Ragada: Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek.

Datuk Bandar antara 6 terbunuh serangan Israel di selatan Lubnan
Tentera Israel mendakwa menyerang puluhan sasaran Hezbollah di kawasan Nabatieh dan membongkar infrastruktur bawah tanah.

Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.

MBJB beku permohonan lesen spa, rawatan urutan tradisional dan refleksologi
Majlis Bandaraya Johor Bahru membekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, rawatan atau urutan tradisional dan refleksologi berkuat kuasa hari ini.

Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas
Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api secara percuma selama setahun.

Tindakan Datuk Bandar KL perlu selari dengan hala tuju JWP
Walaupun Datuk Bandar Kuala Lumpur mempunyai ruang autonomi dalam menguruskan ibu kota, semua tindakan yang diambil perlu selari dengan hala tuju yang ditetapkan oleh JWP.

Datuk Bandar sepatutnya dipilih, bukan dilantik - MUDA
Rakyat di Kuala Lumpur dan Putrajaya perlu memilih Datuk Bandar melalui pilihan raya kerajaan tempatan.

Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.

Shadan terajui MBMB mulai 1 Feb
Shadan akan menggantikan Datuk Zainal Abu yang tamat perkhidmatan pada 31 Jan ini.