Jutawan Kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman hari ini menjelaskan tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April 2015 hingga Julai 2016 berjumlah RM4.2 juta.
Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu menjelaskan bayaran itu menerusi draf bank atas nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia pagi tadi sebelum perbicaraan kes bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST didengar di Mahkamah Sesyen.
Berikutan itu, Hakim Murtazadi Amran membenarkan pihak kastam menarik balik semua 16 pertuduhan berkaitan selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran mengesahkan tertuduh telah menjelaskan semua tunggakan GST.
Terdahulu, Syed Ahmad Syed Abas yang mewakili Vida memohon pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan kerana anak guamnya telah membuat pembayaran penuh bagi jumlah yang dituntut iaitu RM4,246,029.10.
Hakim turut mengarahkan pasport antarabangsa Vida yang diserahkan kepada mahkamah sebelum ini diberikan semula kepada tertuduh.
Oktober lalu, Vida didakwa melakukan kesemua 16 kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, di sini sejak April 2015 hingga Julai 2016.
Bagi pertuduhan itu, Vida didakwa mengikut Seksyen 41(7) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Murtazadi dalam penghakimannya berkata beliau amat berminat untuk mendengar perbicaraan kes itu kerana ia merupakan sebuah kes yang menarik dan mendapat perhatian ramai.
Setelah selesai prosiding, Vida yang terkenal dengan perwatakan ceria, bersyukur kerana dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.
"Ini adalah satu ujian, ini adalah satu rahmat untuk saya pergi lebih tinggi. Saya bersyukur, saya dah bebas," katanya.
Beliau turut menyanyikan lagu 'Makhluk Tuhan Paling Seksi' yang dipopularkan penyanyi Indonesia Mulan Jameela sambil menyatakan perasaan tidak sabar untuk melancong ke luar negara .
Pada Disember lalu, Vida mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST dan didenda sebanyak RM80,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2017

Setelah selesai prosiding, Vida yang terkenal dengan perwatakan ceria, bersyukur kerana dibebaskan daripada kesemua pertuduhan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.

WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.

Kastam Perlis rampas barangan tidak bercukai, dadah bernilai lebih RM13 juta
Pencapaian itu hasil kerjasama strategik antara unit, cawangan dan bahagian JKDM melalui pelaksanaan pendekatan Cekap, Tangkas dan Berintegriti (CTI).

Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.

LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.

Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggalkan cubaan menyeludup minuman keras dan ayam sejuk beku bernilai RM1.32 juta dalam empat siri rampasan berasingan baru-baru ini.

Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.