Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan operasi sita bermula hujung bulan ini hingga akhir tahun 2018 ke atas premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad dalam kenyataan berkata operasi sita bermula dengan kawasan sekitar Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tun Razak, di sini.
Katanya lawatan ke premis yang mempunyai tunggakan telah dilaksanakan pada 5 hingga 23 Okt lepas bagi serahan surat peringatan.
"Beberapa siri operasi sita akan menyusul selepas ini di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan keutamaan adalah premis-premis yang mempunyai cukai taksiran yang tinggi," katanya.
Menurut kenyataan itu, tindakan sita dilaksanakan mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi tujuan menuntut bayaran tunggakan cukai taksiran.
Bagi premis kosong dan tiada harta mudah alih, tindakan mahkamah akan diambil sehingga premis yang mempunyai tunggakan itu disita dan dilelong selaras dengan Seksyen 151 akta sama.
Justeru, DBKL menasihatkan pihak berkaitan menjelaskan tunggakan cukai taksiran dengan segera bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan.
- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 26 2018

DBKL menasihatkan pihak berkaitan menjelaskan tunggakan cukai taksiran dengan segera bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan. - Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Cukai taksiran turun 0.25 hingga 2 peratus ikut jenis bangunan - Datuk Bandar Ipoh
Sebahagian besar cukai taksiran dalam kawasan pentadbiran MBI telah turun sebanyak 0.25 peratus hingga dua peratus mengikut jenis bangunan.

Kenaikan cukai taksiran: MPSepang jangka kutip RM191.9 juta
MPSepang menjangkakan hasil kutipan cukai taksiran meningkat daripada RM150.9 juta kepada RM191.9 juta pada tahun depan.

Cukai taksiran Selangor naik 25 peratus mulai Januari 2025
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25 peratus berbanding kenaikan asal melebihi 100 peratus, berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan.

MBI setuju kurangkan lagi cukai taksiran
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersetuju untuk mengurangkan lagi kadar baharu cukai taksiran.

Cukai taksiran tidak boleh dinaikkan secara mendadak - Nga
Proses penilaian semula cukai taksiran mesti mementingkan kebajikan rakyat dengan kadar cukai berkenaan tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana langkah itu boleh membebankan rakyat.

PBT diarah senarai lima projek khidmat rakyat selaras kenaikan cukai taksiran - Exco PBT
Semua PBT di Selangor diarah untuk menyenaraikan lima projek khidmat awam yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas kenaikan cukai taksiran baharu dikuatkuasakan.

Kenakan cukai pintu kepada penduduk kampung tidak adil - ADUN
Kerajaan negeri Selangor digesa meneliti semula pengecualian cukai taksiran tidak secara automatik kepada pemilik rumah di kampung baru, kampung Melayu dan kampung nelayan.

Selangor teruskan pengecualian cukai pemilik kediaman kampung pendapatan sederhana
Bagi memastikan program itu berjalan lancar, proses berkenaan akan dimulakan dengan pengeluaran bil secara fizikal pada akhir Februari ini.

eMADANI: 'Anda tidak layak sekiranya tidak kemuka penyata cukai tahun taksiran 2022'
Kementerian Kewangan menjawab beberapa pertanyaan popular di laman sosial berkaitan masalah penebusan kredit eMADANI.

MBI tidak lagi hantar bil cukai taksiran, urusan guna aplikasi DMBI
Bermula Julai lepas, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak lagi menghantar bil cukai taksiran secara fizikal.