Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan perkhidmatan bas sekolah secara percuma buat lebih 6,500 anak-anak penghuni projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) bermula 3 Jan ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata kementerian akan menyediakan 165 bas bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal di 74 buah PPR dan PA di sekitar ibu negara.
"Pendekatan ini bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah. Kos yang diperuntukkan untuk setiap pelajar adalah RM80," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya kementerian akan melantik syarikat perkhidmatan bas itu dan menanggung sepenuhnya kosnya.
Katanya pelajar yang berdaftar menggunakan perkhidmatan bas itu mestilah berpakaian seragam sekolah semasa menaiki kenderaan itu.
Dalam pada itu, Loga Bala berkata DBKL akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1,500 setahun bagi kos penyelenggaraan perangkap minyak di premis makanan dalam lesen perniagaan berkuat kuasa 1 Jan ini.
Beliau berkata bayaran itu dikenakan kerana perangkap minyak di kebanyakan premis makanan tidak diselenggarakan hingga menjejaskan kualiti air sungai di ibu kota.
"Caj ini tidak membebankan kerana mengikut kiraan purata adalah sebanyak RM125 sebulan bagi setiap perangkap bersamaan RM4.10 sehari sahaja. Ia adalah pelaburan tidak ternilai bagi mencapai matlamat Sungai Nadi Kehidupan pada 2020," katanya.
Menurutnya sebelum ini, beberapa inisiatif berkaitan pembersihan dan penyelenggaraan perangkap minyak telah dilaksanakan namun, ia masih gagal menjaga kualiti air sungai. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 30 2016

Pelajar yang berdaftar menggunakan perkhidmatan bas itu mestilah berpakaian seragam sekolah semasa menaiki kenderaan itu. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.

Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

Lelaki tersepit, 15 pelajar sekolah terselamat nahas lori dan bas sekolah
Seramai 15 pelajar terselamat dalam kemalangan membabitkan bas sekolah dinaiki mereka dengan sebuah lori di Kampung Nasib, Jalan Sungai Siput- Kuala Kangsar, dekat sini hari ini.

Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.

Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.

Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.

Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.

Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali
Sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.

Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh
Laporan MIROS mengenai kajian sama ada perkara itu boleh dilaksanakan akan mengambil kira faktor itu.