Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah membuat laporan polis berkenaan sebuah drone yang telah dikesan terbang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Perkara itu dimaklumkan seorang juruterbang, Wan Arief Imran sebentar tadi ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau sebelum itu telah pergi ke pejabat DCA di Putrajaya untuk melaporkan tentang kejadian penerbangan drone berkenaan yang disifatkannya merbahaya.
Katanya pelanggaran drone dengan pesawat yang sedang berlepas atau mendarat boleh menyebabkan kemusnahan kepada pesawat tersebut.
"Saya dah berjumpa dengan Pengarah Bahagian Keselamatan DCA, beliau berkata DCA telah mengambil maklum tentang perkara ini dan telah membuat laporan polis dan ianya sedang disiasat.
"Selain itu mereka juga telah memaklumkannya kepada Malaysia Airports Berhad (MAB) dan semua menara kawalan," jelasnya.
Ditanya sama ada beliau ingin membuat satu lagi laporan polis, Wan Arief berkata, beliau menyerahkan semua siasatan kepada pihak DCA dan polis.
Mengulas tentang drone, kata beliau, ianya merbahaya kerana boleh terbang dengan sendirinya dan melanggar objek-objek tertentu yang berhampiran.
"Bagi saya tidak salah untuk terbangkan drone, tetapi jangan lah gunakannya berhampiran lapangan terbang ataupun bangunan. Amat merbahaya jika benda itu jatuh dan mencederakan orang," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan laporan polis tersebut.
"Ya, DCA ada membuat laporan polis untuk menyiasat perkara ini dan supaya ianya tidak berlaku lagi. DCA juga akan keluarkan kenyataan berhubung perkara ini dalam masa terdekat," katanya kepada Astro AWANI.
Dalam laporan Malaysiakini, foto kemunculan sebuah drone yang diterbangkan berdekatan KLIA telah mencetuskan kebimbangan orang ramai terutama di media sosial, atas faktor keselamatan.
Drone jenis DJI Phantom 2 tersebut dikatakan mengambil beberapa gambar pesawat mendarat di KLIA, yang mana gambar-gambar itu telah dimuatnaik oleh pengguna di Facebook.
Gambar itu telah dimuat naik ke Instragram kira-kira tiga bulan lagu oleh pengguna dikenali sebagai 'yengnasir'.
Para pengguna di laman media sosial mempersoal dan menyelar tindakan individu itu kerana ia dikatakan boleh membahayakan pesawat jika terlanggar.
Meskipun di'marahi' orang ramai, 'yengnasir' tetap mempertahankan tindakannya itu.
Dalam pada itu DCA dalam kenyataannya hari ini memandang serius operasi drone bagi tujuan komsersil mahupun rekreasi, dan menggesa orang ramai mendapat kebenaran DCA terlebih dahulu.
"Drones atau unmanned aerial vehicles (UAV) yang mencerobohi kawasan lapangan terbang boleh mengganggu dan membahayakan keselamatan operasi penerbangan.
"Sehubungan dengan itu, orang awam adalah diingatkan untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Penerbangan Awam sebelum menjalankan apa-apa aktiviti melibatkan drones atau UAV," kata kenyataan tersebut.
Selain itu, DCA turut menekankan bahawa bahawa operasi drones atau UAV di kawasan lapangan padang terbang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Penerbangan Awam 1969.
Haider Yutim
Tue Mar 03 2015
DCA akan keluarkan kenyataan berkenaan isu penerbangan drone di KLIA. Foto Youtube
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Platform perolehan perubatan China-ASEAN dilancarkan
Platform Perolehan Perubatan Wilayah China-ASEAN dilancarkan baru-baru ini dalam satu majlis di Bandar Fangchenggang, Guangxi, China
SDG: Peranan panel sains perlu disokong kerajaan, masyarakat awam
Sebarang keputusan atau pelaksanaan perlu dilakukan secara kolaboratif oleh negara, kerajaan, dan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk ahli akademik, komuniti orang asli, komuniti tempatan, sektor swasta dan orang awam.
Pasaran kerja: Rangka kerja strategi atasi cabaran AI - Steven
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu lebih mudah diakses, berpatutan dan berasaskan kemahiran, selain perlu diangkat menjadi satu sistem pendidikan berkelas satu dengan kerjasama pemain industri.
Memanfaatkan peluang sebagai pengerusi ASEAN pacu industri halal
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia bertekad mengetengahkan industri halal sebagai standard global, menerusi inisiatif seperti ASEAN Mall dan seminar antarabangsa, memperkukuh kedudukan negara dalam pasaran halal.
Johari Abdul jelajah negara ASEAN, persediaan jadi tuan rumah AIPA
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan memulakan jejalah rasmi ke negara-negara anggota ASEAN pada Rabu.
Kerjasama erat, pembiayaan mampan diperlukan dalam ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn menyeru kerjasama lebih erat dan pembiayaan mampan bagi menangani kerumitan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Pantau Agenda Reformasi: Dasar wajibkan pendidikan sekolah menengah
Prof Dr Shahabuddin Hashim, Pakar Psikologi Pendidikan dan Personaliti USM
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
Kerugian akibat kebakaran di California meningkat kepada AS$275 bilion
Kebakaran hutan yang tercetus sejak 7 Januari telah memaksa puluhan ribu orang berpindah, meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa, dan memusnahkan lebih 12,300 bangunan.