Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini dengan rasminya mengisytiharkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu pengumuman khas mengenai pesawat MH370 tersebut di stesen Radion dan Televisyen Malaysia (RTM).
"Oleh yang demikian, dengan rasa berat hati dan amat dukacita, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasminya mengisytiharkan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 telah terlibat dalam nahas berdasarkan Piawai Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago, bahawa kesemua 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat MH370 telah dianggap terkorban," katanya.
Menurut Azharuddin, Bab 1 dari Lampiran 13 konvensyen itu menyatakan bahawa istilah 'kemalangan' juga termasuk kapal udara itu hilang.
Katanya ia juga bermaksud pesawat itu dianggap hilang apabila usaha mencari dan menyelamat secara rasminya ditamatkan atau bangkai pesawat gagal dikesan.
Walau bagaimanapun, Azharuddin turut memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia akan tetap komited dalam menjadikan pencarian pesawat itu satu keutamaan.
"Kerajaan Malaysia, komited untuk meneruskan segala usaha yang munasabah bagi membawa kesimpulan kepada tragedi malang ini, dengan kerjasama yang berterusan dan bantuan dari Kerajaan China dan Australia," katanya.
Azharuddin berkata, sehingga kini pencarian dasar masih diteruskan di mana sedang dijalankan oleh empat buah kapal iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan Fugro Supporter, melibatkan kawasan seluas 18,600 kilometer persegi.
Menurutnya ia adalah berdasarkan analisis bahawa pesawat tersebut telah kehabisan minyak dan berakhir di selatan Lautan Hindi.
Sementara itu, Azharuddin memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan tetap melaksanakan tanggungjawabnya berhubung hak-hak serta kepentingan waris penumpang dan anak kapal MH370, termasuk pampasan sama ada melalui konsultansi atau undang-undang.
Katanya pihak MAS bersedia untuk meneruskan proses pampasan serta merta, dengan mengambil kira kesediaan pihak waris untuk meneruskan langkah itu.
Satu seksyen khas bagi waris pesawat juga telah dibuat di laman web rasmi MH370 iaitu http://www.mh370.gov.my yang turut memuatkan maklumat tentang pencarian, penyiasatan, pampasan, respon tentang soalan waris dan juga borang bantuan untuk waris.
Selain itu, Azharuddin turut memberitahu bahawa siasatan jenayah yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan siasatan keselamatan terhadap pesawat MH370 juga sedang diteruskan.
Bagaimanapun katanya buat masa ini, siasatan bagi kedua-duanya masih terhad kerana bukti fizikal ketika ini masih kurang.
"Oleh itu pada masa ini tidak ada bukti untuk menyokong apa-apa spekulasi tentang punca kemalangan.
"Satu penyata interim memperincikan perkembangan siasatan keselamatan dijangka akan dikeluarkan pada atau sekitar ulang tahun kemalangan," tambah Azharuddin.
Astro Awani
Thu Jan 29 2015
Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman
Sektor penerbangan Malaysia 2025 bakal alami pertumbuhan ketara
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara pada tahun 2025.
AWANI Borneo [15/01/2025] - Kebakaran besar| Bekalan gas| Maritim
AWANI Borneo 15 Januari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut: