Debat berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dicadangkan diadakan di Studio 1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) tanpa penonton Jumaat ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Katanya RTM mencadangkan debat antara Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua berlangsung selama sejam bermula 9 malam dan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen itu.
RTM selaku penyiar akan menghubungi kedua-dua pihak bagi mendapat persetujuan mereka berhubung syor berkenaan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
"Debat ini perlu disegerakan kerana ia telah menjadi bualan masyarakat dan yakin akan dapat dilangsungkan secara profesional, berfakta dalam suasana yang kondusif," katanya, sambil menambah ia akan dikendalikan seorang moderator dari RTM yang akan diputuskan kelak.
Salleh berkata debat tanpa penonton akan membolehkan perbahasan dijalankan dalam suasana kondusif serta mengelak sentimen politik agar masyarakat dapat menilai sendiri maklumat yang diutarakan kedua-dua pihak.
"Walaupun tanpa kehadiran penonton saya memberi jaminan debat itu akan disiarkan secara langsung tanpa diedit," katanya.
Salleh berkata pihaknya akan menyediakan garis panduan yang perlu dipersetujui kedua-dua pihak agar tidak membangkitkan maklumat yang belum boleh dihebahkan kepada pengetahuan umum memandangkan terdapat maklumat berkaitan 1MDB yang masih dalam siasatan PAC.
Sabtu lepas, Arul Kanda menyatakan kesediaan bersemuka dengan Pua secara langsung di televisyen berhubung isu syarikat pelaburan negara itu, tanpa sebarang syarat selepas dicabar Pua agar mereka mengambil bahagian dalam rancangan bual bicara secara langsung.
Dalam pada itu, Salleh berkata RTM akan menyiarkan sebuah rancangan baharu iaitu 'Demokrasi: Mengurus Perbezaan', satu rancangan yang akan menyediakan platform bagi membahaskan sesuatu isu secara terbuka.
Rancangan yang akan bersiaran sebulan sekali itu bermatlamat mendidik rakyat mengenai soal demokrasi selain landasan membincangkan sesuatu perkara secara matang dan berfakta, katanya.
Bernama
Tue Nov 03 2015
SALLEH: Debat tanpa penonton akan membolehkan perbahasan dijalankan dalam suasana kondusif serta mengelak sentimen politik agar masyarakat dapat menilai sendiri maklumat yang diutarakan kedua-dua pihak. - Gambar fail
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.