Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy hari ini menegaskan pendiriannya akan hanya berdebat selepas prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB selesai.
Dalam satu kenyataan media, Arul Kanda berkata integriti PAC perlu dihormati dan sebarang debat hanya boleh dijalankan selepas selesai prosiding PAC.
"Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) mempunyai kuasa mutlak ke atas sebarang hal melibatkan Parlimen.
"Beliau telah membuat keputusan berhubung tanggungjawab saya selaku saksi PAC dan mana-mana debat hanya boleh diadakan selepas siasatan PAC," ujar Arul Kanda.
Kenyataan media itu dikeluarkan beberapa jam selepas Pakatan Harapan mengumumkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai pengganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk berdepan Arul Kanda di dalam debat 1MDB.
Arul Kanda dalam kenyataan media itu turut mengakui keupayaan Rafizi, namun beliau tidak mahu terperangkap di dalam permainan politik pembangkang.
"Saya menghormati kewibawaan YB Rafizi Ramli untuk berdebat, beliau seorang pendebat yang baik, orator dan seorang yang budiman," ujar beliau.
Pada masa yang sama, Arul Kanda menyatakan kesediaan untuk menjawab kesemua 10 soalan berkaitan syarikat pelaburan strategik itu yang dilontarkan oleh Tony Pua beberapa hari lalu.
Malah beliau mengulangi komitmen 1MDB akan tampil di dalam prosiding PAC dan fokus sepenuhnya ke arah melaksanakan pelan rasionalisasi 1MDB.
BACA: 'Saya sedia undur diri jika debat 1MDB Arul-Tony tidak ikut syarat' - Pandikar
BACA: RTM hanya siarkan secara langsung debat Tony dan Arul sahaja - Salleh
BACA: Drama #Debat1MDB: 20 adegan menarik yang anda perlu tahu
Ashwad Ismail
Thu Nov 05 2015
Arul Kanda berkata integriti PAC perlu dihormati dan sebarang debat hanya boleh dijalankan selepas selesai prosiding PAC. - Gambar Fail
Malaysia pacu agenda pembangunan mampan - PM
Malaysia komited memacu agenda pembangunan mampan di rantau ini menjelang kepengerusian ASEAN tahun depan, termasuk menerusi peranan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sebagai pemangkin matlamat pelepasan karbon sifar bersih.
Mood sudah positif, tetapi ‘self-criticism’ tidak boleh terhenti – Presiden UMNO
Suasana dan mood yang ditunjukkan oleh para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2024 seperti sudah kembali positif, dan memuncak dengan idea dan pandangan yang luar biasa daripada para perwakilan, kata Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Namun beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, parti itu harus terus melakukan muhasabah diri atau ‘self-criticism’, bagi memastikan ia kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Namun beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, parti itu harus terus melakukan muhasabah diri atau ‘self-criticism’, bagi memastikan ia kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM2.35 juta
Polis menahan dua anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas lebih 23.5 kilogram (kg) dadah jenis erimin 5 yang dianggar bernilai RM2.35 juta dalam Ops Landseer di ibu negara dan Johor, Khamis lepas.
Sarawak sedia bantu kerajaan persekutuan - Abang Johari
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bersedia membantu Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan sukan negara.
Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Kejayaan Sarawak menganjurkan Sukan Malaysia edisi 2024 sebagai antara yang terbaik pernah disaksikan negara ini, menunjukkan kemampuannya untuk menganjurkan kejohanan di peringkat yang lebih tinggi.
Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bagi pihak Kerajaan Malaysia bersetuju agar Sarawak untuk menjadi penganjur bersama bagi Sukan SEA 2027.
Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bagi pihak Kerajaan Malaysia bersetuju agar Sarawak untuk menjadi penganjur bersama bagi Sukan SEA 2027.
Tanah jerlus: Operasi SAR hari kedua ditangguhkan, tiada petunjuk baharu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang selepas terjatuh di dalam lubang ditangguhkan selepas tiada petunjuk baharu ditemukan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Ogos 2024.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM2.35 juta
Kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Kereta mewah milik pempengaruh Andrew Tate disita
Pihak berkuasa Romania pada Sabtu menyita beberapa kenderaan mewah sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap kes pemerdagangan manusia dan eksploitasi seksual di Bucharest, Romania.
Perkhidmatan dron hantar barangan, makanan di Tembok Besar China
Perkhidmatan yang pertama di Beijing menggunakan dron komersial itu dilancarkan pada pada 16 Ogos lalu.
1MDB: Amhari pegawai awam yang korup - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin adalah pegawai awam yang korup.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Ogos 2024.
Kepentingan langsung yang dikatakan dimiliki Najib dalam 1MDB kabur - Shafee
Pihak pembelaan berhujah bahawa kekaburan berhubung 'kepentingan langsung' Najib dalam pertuduhan terhadapnya menimbulkan cabaran besar pihaknya dalam membentuk pembelaan yang berkesan.
Najib tarik balik rayuan gugur Hakim Sequerah dengar prosiding kes 1MDB
Najib menarik balik rayuannya untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada mendengar prosiding kes 1MDB.
Pendengaran rayuan kerajaan terhadap penahanan salah Khairuddin ditangguhkan
Penangguhan itu susulan bantahan Peguam Kanan Persekutuan Zetty Zurina Kamaruddin terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Collin Lawrence Sequerah mengetuai panel tersebut.
Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya
Barang kemas berkenaan didapati dibeli menggunakan dana berbilion dolar yang diseleweng daripada 1MDB.
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.