Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali disaran mengambil pendekatan memanggil Ketua Audit Negara untuk meneliti pengendalian aset Syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sebagaimana yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang salah laku berhubung pengurusan syarikat terbabit.
Reezal yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga boleh melakukan tindakan sama agar rakyat negeri itu berasa lebih tenang berhubung peranan syarikat yang mengendalikan hampir RM30.5 bilion urusan pelaburan di negeri itu.
"Saya rasa kalau Najib boleh berlapang dada meminta Ketua Audit Negara datang untuk meneliti segala yang ada di dalam 1MDB kalau ada salah laku.
"Demikian juga PAC, saya fikir benda sama boleh dilakukan oleh Azmin supaya rakyat Selangor akhirnya rasa lebih tenang dan yakin kerana dia lakukan secara lebih terbuka dan telus," katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa Kerajaan Selangor memberikan penjelasan secara telus kepada rakyat berhubung penubuhan DEIG, yang mana penubuhan syarikat itu telah mencetuskan kontroversi di negeri tersebut.
Jelasnya, langkah itu perlu berikutan rakyat mahukan kebenaran seperti mana yang berlaku dalam isu 1MDB.
Tegas Reezal, isu itu akan memberi kesan kepada usahawan tempatan jika semua dakwaan terhadap DEIG adalah benar.
"Penjelasan mengenai aset yang dipegang syarikat kontroversi itu perlu dibuat bagi mengelak salah faham dan kekeliruan di kalangan rakyat," ujarnya.
Pada Sabtu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, lebih 70 anak syarikat di bawah Kerajaan Selangor berhadapan risiko berikutan penubuhan DEIG.
Sohaimi turut mendakwa, ketiadaan urus tadbir tersusun di dalam DEIG merupakan muslihat Azmin untuk mengawal kewangan kerajaan negeri.
Dalam perkembangan berasingan, Reezal berkata, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan 'Bersih' sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun ini hanya mencemarkan semangat kemerdekaan.
"Tema tersebut mencetuskan polemik politik dan ia tidak seharusnya berlaku apatah lagi membabitkan golongan pelajar sekolah.
"Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu lebih sensitif dan tidak menggunakan tema yang melencong sebaliknya disarankan untuk menggunakan tema yang sama iaitu sehati sejiwa.
"Apa salahnya menggikuti tema 'Sehati Sejiwa' bahkan ia diikuti oleh kerajaan Kelantan dan Selangor, inilah waktunya patriotisme dizahirkan dalam bentuk secara menyeluruh," ujarnya.
Sebelum ini, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengeluarkan pekeliling melarang semua sekolah di negeri itu untuk tidak terbabit di dalam sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri.
Astro Awani
Sun Aug 23 2015

REEZAL: DEIG: 'Azmin disaran panggil Ketua Audit Negara' - Gambar fail

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.