Seorang lagi anak muda mengulang aksi berani mati dengan mengikuti trend memanjat papan tanda "IPOH" pada petang Ahad.
Remaja lelaki tersebut kemudiannya memuat naik lagak berani tersebut dalam akaun sosial medianya dengan nama 'Seorang Pauh' di Instagram.
Aksi itu turut dipertontonkan oleh remaja lelaki berkenaan kepada orang ramai melalui tiga keping gambar pelbagai sudut di papan tanda berhampiran susur keluar Simpang Pulai, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Malah, paparan kesemua gambar di Instagram beliau turut mendapat pelbagai maklum balas viral pengguna sosial media.
Salah satu gambar berkenaan, yang diambil dari sudut bawah menunjukkan remaja lelaki berkenaan berdiri di atas huruf 'P' manakala satu lagi menampakkan swafotonya sambil melihat kepada telefon bimbit.
BACA: Kumpulan panjat mercu tanda IPOH mohon maaf
Pihak Majlis Bandaraya Ipoh ketika dihubungi berkata siasatan lanjut akan dijalankan sebelum kenyataan penuh berhubung kejadian tersebut dikeluarkan.
Sehingga kini,pihak MBI masih cuba mengetahui sama ada anak muda berkenaan bertindak secara sendiri atau secara berkumpulan.
Difahamkan, papan tanda berkenaan mempunyai ketinggian 9.1 meter manakala ketinggian bukit di mana ia dipacakkan adalah setinggi 30 meter dari aras tanah.
Gambar-gambar berkenaan dipercayai dimuat naik pada Sabtu hanya dalam tempoh dua minggu selepas sekumpulan lapan remaja mencetuskan kontroversi memanjat papan tanda Ipoh di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Gunung Lang.
Bagaimanapun, kesemua remaja berkenaan tampil memohon maaf atas aksi berani mati mereka pada 4 Januari lepas kepada orang ramai.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Jan 15 2017
Seorang lagi anak muda mengulang aksi berani mati dengan mengikuti trend memanjat papan tanda 'IPOH' pada petang Ahad. - Gambar Instagram - kerabupauh
Cabaran Malaysia dalam Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap STEM
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam menarik lebih ramai pelajar untuk mendaftar dalam aliran STEM, dengan hanya 51 peratus pelajar mencapai sasaran kerajaan. Apakah strategi yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini dan memastikan pendidikan STEM yang lebih berkesan?
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
CEO Telegram Durov disiasat kes pornografi kanak-kanak
Macron menegaskan bahawa tidak ada motif politik dalam penahanan tersebut, walaupun terdapat banyak komen palsu di dalam talian.
[Data & Statistik] Penyertaan dalam STEM masih kurang daripada sasaran
Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) adalah tonggak asas untuk pembangunan negara. Walau bagaimanapun, Malaysia menghadapi cabaran besar dalam menarik golongan muda ke bidang STEM. Data terkini menunjukkan bahawa hanya kira-kira 51 peratus pelajar mendaftar dalam aliran STEM pada tahun 2024.
Berita Terkini Kita: eDesa sasar lima ribu PKS, mahu ungguli hab pemasaran global
Platform pemasaran digital eDesa sasar lima ribu PKS menyertai platform itu yang hanya fokus kepada produk tempatan menjelang akhir tahun ini.
Berita Terkini Kita: Kaki kanan hancur, semata-mata demi negara
Seorang bekas komando, Nor Mohamad Lawamiah tidak melupakan tragedi 5 Ogos 1979 yang telah menyebabkan kaki kanannya hancur ketika dalam operasi mengesan saki-baki anggota komunis.
Berita Terkini Kita: Pekan Melayu-Pekan Cina: Identiti warisan perpaduan dipelihara
Pekan Melayu-Pekan Cina di Alor Setar sarat dengan nostalgia dan nilai sejarah yang perlu dipelihara meskipun pekan itu kini berusia lebih satu abad.
Nur Humaira Syafiqah telah ditemui - Polis
Nur Humaira Syafiqah Naldi, ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat.
Bekas PM Lubnan, Salim Al Hoss meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia ketika mana Lubnan berdepan krisis yang memerlukan kepakarannya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Ogos 2024]
[LANGSUNG] #AWANIpagi | 27 Ogos 2024
Antara fokus AWANI Pagi bersama Harits Asyraf & Afiezy Azaman
- Perkembangan hari kelima insiden tanah jerlus Masjid India
- Konsesi Puspakom tamat 31 Ogos ini, kerajaan tidak sambung
- Mpox: 25 kes disahkan negatif, 6 masih dalam pemantauan
#AWANInews #AWANIpagi
Antara fokus AWANI Pagi bersama Harits Asyraf & Afiezy Azaman
- Perkembangan hari kelima insiden tanah jerlus Masjid India
- Konsesi Puspakom tamat 31 Ogos ini, kerajaan tidak sambung
- Mpox: 25 kes disahkan negatif, 6 masih dalam pemantauan
#AWANInews #AWANIpagi
Polis minta lelaki panjat kren tampil bantu siasatan
Polis meminta lelaki yang memanjat kren di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bougainvillea di sini awal bulan ini supaya tampil bagi membantu siasatan.
Demam aksi panjat papan tanda 'IPOH' kembali
Seorang lagi anak muda mengulang aksi berani mati dengan mengikuti trend memanjat papan tanda 'IPOH' pada petang Ahad.
Kumpulan panjat mercu tanda IPOH mohon maaf
Kumpulan yang memanjat struktur huruf membentuk perkataan "IPOH" di Jalan Kuala Kangsar baru-baru ini memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak hari ini.
Polis minta lelaki buat aksi berani panjat kren tampil
Polis hari ini meminta lelaki yang membuat aksi berani mati dengan memanjat kren lebih 30 kaki di tapak pembinaan 11 tingkat pusat konvensyen di Jalan Boungainvillea, Ipoh tampil.