'Air! Air! Air!,' teriak sekumpulan kira-kira 100 pemuda sambil mengetuk-ngetuk baldi sedang mereka berarak menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.
Sepanduk kad manila tertera tulisan antaranya 'Kami Jadi Mangsa', 'Sabotaj atau Gagal Urus?' dan 'Air Yilek! ('tiada' dalam bahasa Tamil) turut dijulang sepanjang demonstrasi itu.
Mereka diketuai Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut air di Selangor yang didakwa berpunca daripada sabotaj oleh pihak Barisan Nasional.
Media dimaklumkan acara bermula pada jam 9 pagi, bagaimanapun pada jam 10.45 pagi baru peserta berkumpul dan ucapan pembukaan disampaikan.
Sesampainya kumpulan demonstrasi anjuran Pemuda BN Selangor itu di hadapan pagar bangunan SUK yang dirantai dan dikawal sepasukan polis, sorakan 'air' semakin kuat.
Pagar digoncang, botol air malah baldi yang dibawa turut berterbangan, dilempar peserta-peserta yang hilang sabar.
"Kami mahu Azmin sendiri turun, tak mahu dia hantar pegawai mahupun kakitangan SUK sebagai wakil untuk terima memorandum bantahan dari kami!" teriak Armand di hadapan pagar.
Kira-kira sepuluh minit kemudian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap tidak memunculkan diri.
Bagaimanapun, setiausaha politiknya yang juga ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafiei yang turun dan Armand serta beberapa orang kanannya dibenarkan melepasi pagar untuk menyerahkan memorandum bantahan.
Antara yang dituntut adalah Menteri Besar bertanggungjawab menyelesaikan segera kemelut air yang sekian lama menyulitkan sebahagian besar penduduk Selangor tanpa perlu menuding jari kepada pihak lain.
"Kalau kita tengok pada hari ini tiada pencemaran, tiada sabotaj.
"Kita desak apa yang diperkatakan Menteri Besar bahawa ada individu atau pihak tertentu atau parti tertentu mensabotaj sungai di dalam negeri Selangor, kita desak pihak polis soal siasat Menteri Besar Selangor dan buktikan bahawa ianya dilakukan UMNO dan Barisan Nasional," tegas Zainuri dalam satu sidang media selepas demonstrasi bersurai.
Katanya lagi, pencemaran yang menjurus kepada masalah bekalan air bersih di Selangor sebenarnya berpunca daripada kegagalan tadbir urus kerajaan negeri yang membiarkan kilang-kilang berdekatan sungai serta aktiviti mengorek pasir di sungai beroperasi secara berleluasa.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan pada Isnin mengesahkan tidak berlaku sebarang pelepasan bahan kimia dan tercemar ke Sungai Buah sehingga menyebabkan penutupan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih seperti yang didakwa Mohamed Azmin sebelum ini.
Pengarahnya, Norhazni Mat Sari berkata daripada 59 kilang yang berada di seluruh Nilai, hanya 14 kilang melepaskan sisa ke Sungai Buah dan kesemuanya mematuhi syarat yang ditetapkan JAS.
Dalam tempoh lebih kurang sebulan, lebih daripada lima kali LRA Sungai Semenyih terpaksa ditutup ekoran pencemaran yang tidak diketahui dari mana puncanya, menyebabkan lebih 1 juta pengguna terbeban ekoran kesulitan yang timbul daripada penutupan itu.
"Kita dah lihat banyak lakonan, hentikanlah sandiwara ini kerana kita tidak mahu rakyat terseksa," ujar Zainuri.
Israr Khalid
Tue Nov 01 2016

Sebahagian daripada peserta demonsrasi yang berarak di hadapan bangunan SUK Selangor hari ini. - Foto Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Armand Azha sahkan dipanggil Lembaga Disiplin UMNO
Beliau bagaimanapun tidak mengetahui alasan kenapa dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Ahli MKT UMNO tak puas hati Zahid tangguh mesyuarat
Mesyuarat tersebut penting untuk mereka menyuarakan pandangan, kritikan dan cadangan dalam menentukan hala tuju parti.

UMNO akur dengan sebarang keputusan berhubung PRN Melaka
Perkara berkenaan juga perlu mendapatkan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Exco Pemuda UMNO tanding Majlis Tertinggi
Armand Azha berkata pertandingan calon muka baharu dan lama perlu dalam memastikan UMNO terus relevan.

Bersih 5: Jumlah peserta Baju Kuning, Baju Merah cecah 18,000 - Polis
Perhimpunan Bersih 5 mendapat sambutan dari 15,500 peserta Baju Kuning dan 2,500 penyokong Baju Merah, menurut Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Baling baldi kerana Azmin enggan terima memorandum isu air - UMNO Selangor
UMNO Selangor menegaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor perlu bertanggungjawab menyelesaikan segera isu gangguan bekalan air yang berlarutan di negeri ini.

'Demonstrasi Baldi' jalankan protes di hadapan bangunan SUK Selangor
Demonstrasi itu dibuat bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut air di Selangor yang didakwa berpunca daripada sabotaj oleh pihak Barisan Nasional.

Jelajah Bersih 5 hanya cetus provokasi - Armand
Tindakan penganjur Bersih 5 yang meneruskan ucapan menggunakan pembesar suara dengan berunsur provokasi selain mahu meneruskan jelajah konvoi sekitar bandar raya itu mencetuskan ketegangan.

Laporan polis ke atas dua individu dibatalkan - Armand
Pandangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak mengenai dokumen yang dikaitkan dengan dua individu itu mendapati ia tidak sahih.

UMNO tak 'goyang' bila Shafie keluar parti - Armand
UMNO tidak pernah terjejas atau terancam dengan pengumuman keluar parti oleh mana-mana bekas pemimpin mereka yang terbukti membawa masalah terutama melibatkan kepercayaan akar umbi.