Individu yang didapati bersalah yang mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedar, mengelilingkan atau menyebarkan berita atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar boleh dikenakan denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.
Ia merupakan sebahagian daripada 14 fasal yang terkandung dalam Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Manakala pihak yang memiliki berita tidak benar namun tidak menghapuskannya, boleh didenda sehingga RM100,000.
Malah, jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu.
RUU itu bukan saja terpakai kepada rakyat Malaysia, malah warga asing jika berita tidak benar yang disebarkan itu adalah mengenai Malaysia atau menyentuh rakyat negara ini.
Fasal 2 RUU itu pula mentakrifkan berita tidak benar sebagai berita, maklumat, data dan laporan palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau bentuk lain.
Menerusi RUU itu juga, mahkamah boleh memerintahkan individu yang disabitkan kesalahan tersebut untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terkesan akibat berita palsu tersebut mengikut cara yang ditentukan mahkamah.
Selain itu, individu yang bersubahat termasuk menyalurkan dana kewangan dan memudahkan penyebaran berita tidak benar tersebut turut boleh dikenakan hukuman sama seperti pesalah.
RUU itu turut merangkumi kesalahan sama yang dilakukan pertubuhan perbadanan, dengan pihak seperti pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengurus atau seumpamanya, boleh dihadapkan ke mahkamah.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Mar 26 2018

AZALINA: Individu yang didapati bersalah menyebar atau menerbit apa-apa berita, maklumat, data atau laporan palsu boleh dikenakan denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sabit kesalahan. - Gambar fail/BERNAMA

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sebar berita palsu
Individu yang didapati bersalah menyebar atau menerbit apa-apa berita, maklumat, data atau laporan palsu boleh dikenakan denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.