Beli mana dahulu? Rumah atau kereta? Itu antara dilema anak muda yang baru menceburi alam pekerjaan dan menerima gaji pertama.
Dengan hanya RM2,000 dalam akaun banknya, seorang anak muda membuktikan dia mampu memiliki rumah pertamanya pada usia 24 tahun.
Sebelas tahun kemudiannya, Faizul Ridzuan, 35, kini seorang hartawan, sudah berjaya membeli lebih 40 unit hartanah.
Bermula sebagai pekerja "makan gaji", Faizul mula berkecimpung dalam bidang hartanah selepas pembelian rumah pertamanya.
"Pada ketika itu, niat saya mudah sahaja. Sebelum kahwin kena ada rumah dan sebuah kereta. Jadi apa-apa hal, rumah kena beli.
"Dari situ, saya mencari ilmu mengenai hartanah dan belajar sendiri untuk tempoh 18 bulan," katanya kepada Astro AWANI.
"Selepas itu, bila ada modal sedikit, saya cuba menambah modal secara kreatif dan beli rumah yang pertama.
"Selepas membeli rumah pertama, saya rasa seronok pula, terus tidak jadi membeli kereta dan sebaliknya beli rumah kedua."
Pembelian rumah kedua itu sekali gus membuka mata Faizul kepada pulangan lumayan dalam bidang hartanah.
"Rumah kedua itu yang buat saya terfikir, hartanah ini betul-betul boleh buat duit. Sebab, apabila saya beli rumah itu, saya bayar kepada bank cuma RM800 sebulan, tetapi saya dapat sewakan dan mendapat pulangan sebanyak RM2,400 sebulan.
"Dengan tambahan RM1,500 sebulan bagi seseorang yang memperolehi pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan, bagi saya, wow!
"Sejak itu, saya terus tidak jadi membeli kereta. Beli sampai rumah ke-13, baru beli kereta yang pertama," katanya.
Bagi menjawab dilema yang sering melanda golongan muda, sama ada harus membeli kereta atau rumah terlebih dahulu, ini nasihat Faizul:
"Kalau disuruh pilih kereta atau hartanah dulu, saya nasihatkan beli rumah dulu, kerana pinjaman hartanah susah nak dapat. Pinjaman kereta lebih senang. Kereta itu bila-bila masa boleh beli."
Menurut penulis buku "23 Hartanah Sebelum Berumur 30" itu, isu modal bukan perkara utama, sebaliknya, pengurusan kewangan yang bijak.
Apa yang lebih penting, kata Faizul, adalah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan secukupnya, sebelum membeli mana-mana hartanah.
Astro AWANI turut melakukan undian dalam talian untuk bertanyakan kepada netizen: "Apakah yang akan anda beli dahulu? Rumah atau kereta?"
Daripada lebih 4,500 undian atas talian, sebilangan besar iaitu 70 peratus memilih rumah, manakala, hanya 30 peratus memilih kereta.
Pastinya, dilema rumah atau kereta bagi orang muda, boleh diselesaikan selagi ada kemahuan.
Tan Su Lin
Fri Jul 08 2016
Menjawab dilema yang sering melanda, Faizul menasihatkan golongan muda supaya membeli rumah lebih dahulu berbanding kereta. - Astro AWANI / Tan Su Lin
10 Berita Pilihan - (24 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Serangan udara Israel sasar khemah perlindungan di tengah Gaza, ramai terkorban
Tentera Israel menyasarkan khemah yang menempatkan rakyat Palestin yang dipindahkan di Deir al-Balah, di tengah Gaza pada Sabtu.
Kepala air: Lagi mangsa terperangkap diselamatkan
Operasi menyelamat itu mengambil masa 40 minit dan kesemua mangsa yang diselamatkan terdiri daripada tiga lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak.
#AWANIRingkas 24 Ogos 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Ogos 2024
1️⃣ 1.8 juta jalani ujian saringan MPOX
2️⃣ SAR dilakukan di dua baki lurang kumbahan
3️⃣ MAG kurangkan rangkaian penerbangan sehingga isember 2024
#awaniringkas
1️⃣ 1.8 juta jalani ujian saringan MPOX
2️⃣ SAR dilakukan di dua baki lurang kumbahan
3️⃣ MAG kurangkan rangkaian penerbangan sehingga isember 2024
#awaniringkas
Malaysia pacu agenda pembangunan mampan menjelang kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Malaysia komited untuk memacu agenda pembangunan mampan di rantau ini menjelang kepengerusian ASEAN tahun depan.
AWANI Ringkas: UMNO perlu tangani isu kebejatan sosial
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: 1.8 juta jalani ujian saringan MPOX
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPKM laksana langkah bantu tingkatkan pendapatan negara - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan beberapa langkah dalam membantu meningkatkan pendapatan negara susulan jangkaan peningkatan terhadap perbelanjaan kerajaan.
Dr Mahathir sokong kerajaan bawa rakyat Palestin dirawat di Malaysia
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong tindakan kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.
PAU 2024: Mood sudah positif, tetapi ‘self-criticism’ tidak boleh terhenti - Presiden UMNO
Ahmad Zahid berkata parti itu perlu terus muhasabah diri atau self-criticism, bagi memastikan ia kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Dilema orang muda - beli mana dahulu, rumah atau kereta?
Dengan hanya RM2,000 dalam akaun banknya, seorang anak muda membuktikan dia mampu memiliki rumah pertamanya pada usia 24 tahun.