Seorang wanita warga emas cedera selepas berlaku letupan di dalam rumahnya di Tingkat 20, Desa Green, Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang pagi Ahad.

Dalam kejadian jam 8.16 pagi itu, wanita berusia lingkungan 50-an berkenaan mengalami kecederaan 15 peratus pada anggota badannya selepas terkena runtuhan dinding di dalam biliknya.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), setakat ini punca letupan masih belum dikenal pasti.

Katanya, ketika pihak bomba tiba di rumah tersebut, pihaknya mendapati sebahagian dinding rumah di bahagian bilik telah runtuh.

Kesan daripada letupan tersebut juga terkena pada rumah sebelah menyebabkan keretakan pada dinding rumah berkenaan.

Keterangan awal saksi mengatakan, mereka terdengar letupan yang kuat dari rumah berkenaan dan punca kejadian masih disiasat.

Foto JBPM

Foto JBPM

Foto JBPM

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, setakat ini pihak polis masih belum menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Kes dipercayai berlaku akibat kemalangan, tiada laporan polis diterima setakat ini.



.