Inisiatif penambahbaikan yang dicadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkaitan melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 sehingga 100 tahun hanya melibatkan ahli-ahli yang memutuskan untuk terus menyimpan walaupun telah layak membuat pengeluaran penuh.
Menurut kenyataan dikeluarkan hari ini, ahli yang ingin mengekalkan simpanan akan terus menerima pembayaran dividen sehingga berumur 100 tahun dan boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa.
"Bagaimanapun, bagi simpanan yang tidak dituntut selepas 100 tahun akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tak Dituntut," jelas kenyataan itu.
KWSP menegaskan bahawa cadangan tersebut juga tidak berkaitan dengan pilihan untuk menyelaras umur pengeluaran dengan umur persaraan minimum 60 tahun.
Menerusi cadangan menyelaras umur pengeluaran itu terdapat dua pilihan iaitu menganjakkan umur pengeluaran penuh daripada 55 ke 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun.
Pilihan kedua pula adalah untuk mengekalkan pengeluaran pada umur 55 tahun untuk simpanan sedia ada dan memperkenalkan pengeluaran umur 60 tahun bagi mereka yang terus bekerja dan mencarum selepas umur 55 tahun.
Bernama
Wed Apr 22 2015

KWSP: Ahli yang ingin mengekalkan simpanan akan terus menerima dividen sehingga berumur 100 tahun dan boleh membuat pengeluaran bila-bila masa. - Gambar Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP cecah RM10.78 bilion - MOF
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM10.78 bilion setakat 30 Sept, 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

KWSP catat pendapatan pelaburan RM19.67 bilion pada suku ketiga
Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.

Pendapatan boleh agih separuh pertama KWSP naik 29 peratus kepada RM36.70 bilion
Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi tempoh enam bulan berakhir pada 30 Jun, 2024, meningkat 29 peratus kepada RM36.70 bilion.

KWSP catat 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama
KWSP menyaksikan sejumlah 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama 2024, menjadikan jumlah keahlian kepada 16.1 juta.

Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama
Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion.

Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.

Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.

KWSP terus menumpukan aset penjanaan tunai, tidak mempertimbangkan aset digital
Dana persaraan itu akan terus melabur dalam kelas-kelas aset berkaitan yang konsisten dengan strategi pelaburan berhematnya.

Akaun KWSP ketiga untuk kecemasan dilaksana April 2024 - Ahmad Maslan
Akaun ketiga ataupun akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024.

‘Buat apa kita buka Akaun 3 KWSP?’ - Ka Siong
Presiden MCA mempersoalkan cadangan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).