Bersatu di belakang bekas wira badminton nombor satu dunia, para netizens hari ini menyatakan kasih dan berdoa agar Datuk Lee Chong Wei akan mengekalkan semangat juangnya hingga ke puncak dalam perjuangan hidupnya menentang kanser.
Mesej positif dan kata-kata dorongan terus mengalir ke akaun rasmi Instagramnya (@leechongweiofficial) sejak berita tentang penyakitnya tersebar pada Jumaat.
Ucapan selamat bukan sahaja datangnya dari rakyat Malaysia tetapi juga peminat dari negara lain.
Bekas menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin dalam Instagramnya berharap Chong Wei segera pulih.
Khairy yang turut berkongsi gambar anaknya dan Chong Wei dengan kapsyen berkata: "GWS (semoga segera sembuh), kawan ku. Tewaskan ini seperti anda tewaskan semua orang di gelanggang. @leechongweiofficial".
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mengesahkan bahawa bekas nombor satu dunia itu sedang menerima rawatan untuk kanser hidung di Taiwan dan kini keadaannya beransur pulih.
Pada bulan Julai, BAM mengeluarkan kenyataan bahawa Chong Wei tidak akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan besar akibat masalah pernafasan dan telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
Selebriti Alif Satar (@alifsatar) dan Puteri Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah (@zatashah) berdoa agar Chong Wei cepat sembuh.
Peminat badminton dari Indonesia, @ m.aditya_fp berkata: "Saya dari Indonesia dan saya sangat mengagumi Datuk Lee Chong Wei dengan epik permainannya. Semoga Datuk cepat sembuh dan boleh bermain badminton lagi".
Beberapa netizens menyuarakan harapan mereka agar Chong Wei akan kembali sihat dan akan menerima hakikat jika legenda badminton itu memutuskan untuk tidak bermain lagi.
"Semoga cepat sembuh idola ku. Kalau sebelum ini masih mengharap agar Dato boleh main lagi tapi kali ini ... tolong ... hanya fikir untuk pulih dan banyak berehat. Tidak perlu bermain lagi, selagi anda masih bersama kami," kata @nfeez.cw -- Bernama
Bernama
Sun Sep 23 2018

BAM semalam mengesahkan bahawa bekas nombor satu dunia itu sedang menerima rawatan untuk kanser hidung di Taiwan dan kini keadaannya beransur pulih.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

BAM mahu Chong Wei rehat secukupnya sebelum pulang ke Malaysia
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Chong Wei begitu bersemangat untuk pulang ke tanah air.

Doa netizens untuk Chong Wei
Bersatu di belakang bekas wira badminton nombor satu dunia, para netizens hari ini menyatakan kasih dan doa bagi Datuk Lee Chong Wei.

Rakyat Malaysia hujani media sosial dengan kata-kata semangat buat Chong Wei
Khabar mengenai jaguh badminton negara yang didiagnosis dengan barah hidung membuatkan ramai tampil simpati dan mengharapkan kesembuhannya.

Chong Wei hidap barah hidung peringkat awal, kini menerima rawatan - BAM
Kenyataan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tentang Datuk Lee CHong Wei mengesahkan desas-desus dan laporan yang tular sejak beberapa hari lalu.