PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia untuk mendoakan kesembuhan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang semakin tenat.

Adib parah dipukul dalam rusuhan di kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu.

“Marilah kita ramai-ramai mendoakan agar Adib cepat sembuh. Semoga keluarganya tabah mengharungi cabaran ini,” kata Anwar dalam posting di Twitternya hari ini.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Jantung Negara pada pagi Ahad, kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.

"Selepas penilaian yang teliti, tisu-tisu pada paru-paru menunjukkan tanda ia semakin mengeras. Pada masa ini, fungsi renal juga tidak menunjukkan penambaikan di mana beliau masih memerlukan sokongan dialisis yang berterusan."

Gambar fail Bernama
Jelas kenyataan itu, Muhammad Adib masih dalam fasa kritikal dan ini menyebabkan semua lawatan ke atasnya dihadkan.

IJN juga meminta semua rakyat Malaysia mendoakan Muhammad Adib kembali pulih.