Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat patut sekurang-kurangnya berusaha menghubungi pihak 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi mendengar penjelasan mereka daripada hanya bersandarkan laporan portal berita (Sarawak Report), kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini.
Menyifatkan amat tidak wajar bagi Peguam Negara Amerika Loretta Lynch menggunakan bahasa begitu tegas dalam situasi apabila beliau sendiri tidak pasti sama ada terdapat kes atau tidak, katanya 'pertuduhan belum diputuskan’ namun telah memberikan pandangan prejudis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak, kerajaan Malaysia dan 1MDB.
"Apabila kita baca (dokumen setebal) 136 muka surat itu, kita mendapati ia bersumberkan kepada Sarawak Report yang mempunyai agenda politik berat terhadap kerajaan, BN dan perdana menteri. Jadi, kemusykilan kita ialah kenapa DOJ tidak menghubungi 1MDB untuk mengesahkannya? Sekurang-kurangnya dapatkan penjelasan di sebelah pihak yang satu lagi.
"Itu saja soalannya. Kenapa anda pergi ke mahkamah dan beritahu seluruh dunia tentang kisah anda sedangkan ia masih belum siap?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Unit Perancang Ekonomi (EPU) di sini.
DOJ baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan.
Sementara itu, Abdul Rahman yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas EPU berkata, perdana menteri telah berulang kali menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan dana rakyat tidak terlibat.
"Apa yang berlaku sekarang ia satu tuduhan. Beberapa individu didakwa mengambil atau mencuri duit 1MDB. Itu satu tuduhan DOJ," katanya sambil mendakwa bahawa DOJ menggunakan peluang tersebut untuk menghentam negara, kerajaan dan perdana menteri.
Mengenai ada pihak mengaitkan Najib dalam pertuduhan DOJ, Abdul Rahman berkata sekiranya DOJ mempunyai bukti untuk mengheret perdana menteri, nama beliau akan dinamakan dalam dokumen DOJ itu.
"Cuba tunjukkan di mana nama (Datuk Seri) Najib (dinyatakan) ... sedangkan beberapa nama lain dinyatakan dalam dokumen itu," katanya.
Bernama
Wed Jul 27 2016
ABDUL RAHMAN: Kenapa anda pergi ke mahkamah dan beritahu seluruh dunia tentang kisah anda sedangkan ia masih belum siap?
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia tiada keperluan keluarkan peta baharu - Mohamed Khaled
Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk mengeluarkan peta baharu sempadan maritim dan akan terus mempertahankan kawasan perairan demi kedaulatan negara.
AWANI Ringkas: Pengawal keselamatan ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
[TERKINI] Surat guna nama TPM, seorang pengawal keselamatan ditahan
Seorang pengawal keselamatan ditahan berhubung penyebaran surat palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
SPRM rakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah
SPRM telah merakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan klip video memaparkan perbualan mereka yang disebarkan di sebuah portal berita.
[TERKINI] SPRM panggil lima ADUN Sabah
SPRM memanggil lima ADUN Sabah yang disyaki terbabit dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral.
Tempoh pemeriksaan psikiatri ke atas pemandu dilanjutkan sebulan
Tempoh pemeriksaan psikiatri ke atas pemandu wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilanjutkan sebulan lagi.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.