Seorang doktor yang melecur hampir 30 peratus bahagian badannya apabila biliknya dibakar seorang lelaki di sebuah hospital swasta di Jelutong, Pulau Pinang semalam, kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata, seorang jururawat dan seorang pesakit warga Taiwan yang turut cedera dalam insiden berkenaan, masih sedang menerima rawatan di hospital swasta tersebut.
Katanya, ketiga-tiga mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Mengulas kejadian semalam, Che Zaimani berkata, suspek yang berusia 30-an telah bertindak menyimbah sebotol minyak petrol ke arah doktor berkenaan sehingga menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
Suspek bagaimanapun sempat menyalakan pemetik api yang dibawanya, menyebabkan berlakunya kebakaran sekaligus mengakibatkan doktor terbabit dan seorang jururawat serta seorang pesakit yang berada di dalam bilik berkenaan mengalami kecederaan.
Katanya, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, doktor berusia 50-an itu melecur 30 peratus di bahagian badan manakala jururawat berusia 30-an melecur lima peratus di bahagian muka dan badan.
Kebakaran berjaya dipadamkan melalui sistem 'sprinkler' secara automatik yang terdapat di bilik berkenaan sebelum pasukan Bomba tiba.
Siasatan mendapati, suspek yang beralamat di Mount Erskine, George Town itu pernah menerima rawatan sebagai pesakit mental di Hospital Pulau Pinang.
Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Sep 04 2018
Doktor berkenaan dikejarkan untuk mendapat rawatan susulan insiden yang berlaku di bilik hospitalnya semalam. - BERNAMA
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
iOS 18 jadikan sistem sekuriti iPhone semakin sukar ditembusi pihak berkuasa
Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat.
Doktor melecur 30 peratus dirawat di ICU Hospital Pulau Pinang
Seorang doktor yang melecur hampir 30 peratus bahagian badannya apabila biliknya dibakar seorang lelaki semalam, kini dilaporkan stabil.