Minat mendalam terhadap haiwan prasejarah mendorong pengusaha pokok semaian, Heng Chiang Hwee mengambil inisiatif sendiri menghias kebun perusahaan pokok semaian miliknya dengan patung dinosaur yang ditempah khas dari China.
Sejak dibuka kepada orang ramai dua bulan lepas, Don Hu Jurassic Park Garden yang dahulunya dikenali sebagai Don Hu Nursery di Jalan Pintasan Muar, tidak putus dikunjungi orang ramai yang tertarik dengan keunikan taman tersebut.
Heng, 35, berkata beliau tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung dan kehadiran orang ramai sentiasa dialu-alukan olehnya.
"Saya bina taman ini kerana mahu bagi peluang kepada orang ramai membawa anak-anak mereka berhibur di taman ini memandangkan mereka tidak mempunyai banyak pilihan di sini (Muar)," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sehingga kini, tamannya sudah mempunyai 12 patung dinosaur termasuk spesies Tyrannosaurus Rex dan tiga patung lagi akan dipasang pada bulan depan.
"Sekarang, kerja-kerja pembinaan hanya siap 50 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya dua bulan lagi," katanya.
Heng berkata beliau membelanjakan sejumlah RM10,000 hingga RM30,000 bagi sebuah patung dinosaur bergantung kepada saiz yang ditempah daripada seorang kenalan dari Guangzhou, China.
Ditanya sama ada beliau akan mengenakan bayaran bagi pengunjung pada masa hadapan, anak jati Muar itu berkata beliau tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung kerana beliau gembira apabila melihat ramai orang berkunjung ke tamannya.
"Saya rasa gembira apabila orang ramai datang ke sini walaupun mereka datang hanya semata-mata untuk tengok patung dinosaur dan bukannya untuk membeli pokok hiasan yang saya jual," katanya.
Heng berkata beliau bercadang untuk meluaskan lagi taman Jurassic Park tersebut dengan menyediakan kawasan riadah untuk kanak-kanak, pameran barang antik dan juga lawatan ke ladang ayam dan itik miliknya di tanah seluas 5.6 hektar itu.
"Kalau tanya berapa jumlah saya dapat untung...memang susah untuk dijelaskan kerana saya bagi masuk percuma, saya buka taman ini lebih kepada untuk mendapat kepuasan dan kongsi bersama orang ramai," katanya.
Beliau berkata tamannya itu dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umum mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam.
Sementara itu, seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Hafezza Saidin, 41, berkata peluang memasuki taman dinosaur tersebut secara percuma amat mengejutkannya kerana selama ini semua taman tema dikenakan bayaran mahal.
Beliau berharap taman tersebut dapat dikekalkan kerana bakal menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan luar negara.
"Saya rasa kagum dan teruja kerana patung dinosaur tersebut kelihatan seperti hidup dan pelbagai saiz, ini merupakan idea kreatif pemilik," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2016

Don Hu Jurassic Park Garden dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umum mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam. - fotoBERNAMA

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Don Hu Jurassic Park Garden tarikan baharu di Muar
Sejak dibuka kepada orang ramai dua bulan lepas, Don Hu Jurassic Park Garden yang dahulunya dikenali sebagai Don Hu Nursery di Jalan Pintasan Muar, tidak putus dikunjungi orang ramai.