Dr Habibah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu, berkuat kuasa 10 Jan lepas, umum Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.
Habibah, 58, menggantikan Datuk Dr Amin Senin yang bersara wajib pada 21 Dis 2019.
Antara jawatan yang pernah disandang Habibah di KPM termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Pengarah Eksekutif Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) dan pensyarah kanan di Institut Aminuddin Baki (IAB).
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata Habibah, yang merupakan Ketua Pengarah Pelajaran ke-17, adalah wanita kedua menggalas jawatan itu.
Wanita pertama yang dilantik ke jawatan tersebut ialah Tan Sri Dr Asiah Abu Samah (1991-1993).
"Berbekalkan kepakaran, pengalaman dan pencapaian yang cemerlang, KPM yakin Dr Habibah mampu untuk terus meningkatkan lagi prestasi pendidikan negara selaras dengan hasrat yang diaspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025," kata kementerian itu.
Habibah memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada 1986 sebagai seorang guru di beberapa buah sekolah di Selangor dan Kedah sebelum menyambung perkhidmatan di pelbagai organisasi di KPM.
Habibah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Biologi dari University of Salford, United Kingdom pada 1984 dan meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pendidikan di University of Bristol, United Kingdom pada 1993.
Beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dari Stanford University, Amerika Syarikat pada 2001.
KPM dalam pada itu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Amin kerana khidmat bakti yang dicurahkan beliau dalam bidang pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 16 2020
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata Habibah, yang merupakan Ketua Pengarah Pelajaran ke-17, adalah wanita kedua menggalas jawatan itu. - Foto Kementerian Pendidikan
SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.
Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza
Sejak bermulanya gencatan senjata Gaza, Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.
Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Semua pelajar perlu ikuti Program Transisi selama 43 hari - KPM
Program Transisi akan dilaksanakan tahun ini bagi mempersiapkan murid melangkah ke tahap seterusnya, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.
Dr Habibah dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baharu
Dr Habibah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu, berkuat kuasa 10 Jan lepas, umum Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.