Tun Dr Mahathir Mohamad sememangnya amat mengagumi Jepun.
Malah, beliau merupakan insan yang membawa banyak contoh kejayaan untuk Malaysia termasuk menerapkan Dasar Pandang ke Timur dalam agenda pembangunan negara pada lewat 1980-an apabila menjadi perdana menteri buat kali pertama.
Dan, Dr Mahathir, yang dijadual tiba di Tokyo esok untuk lawatan kerja tiga hari, bakal menyuntik ciri-ciri baharu dalam dasar itu, yang menurut Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris, telah memberi sumbangan besar kepada kemajuan Malaysia.
Lawatan pertama Dr Mahathir ke luar negara selepas dilantik menjadi perdana menteri Malaysia ketujuh bulan lepas adalah untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Ke-24 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei atas undangan Nikkei Incorporated.
Ahmad Izlan berkata Dr Mahathir adalah pemimpin yang sering menghadiri acara berprestij itu dari semasa ke semasa, dengan hanya empat kali tidak menghadiri persidangan tersebut - kali terakhir pada 2014. Beliau dijadual menyampaikan ucap tama pada persidangan itu yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi politik dan eksekutif kanan perniagaan serta tetamu terhormat yang lain.
Kemunculan Dr Mahathir pada persidangan kali ini pasti menarik perhatian kerana para pesertanya tidak sabar menanti tentang apa yang bakal beliau suarakan selepas kejayaannya menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional, gabungan parti yang memegang tampuk kuasa Malaysia selama lebih enam dekad.
"Ia akan menjadi platform bagi Dr Mahathir menyuarakan pandangannya mengenai perkembangan di Malaysia serta rantau ini," kata duta itu yang merujuk kepada persidangan bertemakan 'Keeping Asia Open - How to Achieve Prosperity and Stability itu yang berlangsung dari 11 hingga 1`2 Jun ini.
Dalam kenyataan mengenai lawatan itu yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, Kementerian Luar berkata kehadiran perdana menteri pada Persidangan Nikkei akan memberikan peluang kepada Malaysia untuk mengambil inisiatif bagi meningkatkan lagi kerjasama ekonomi antara negara-negara di rantau ini.
Lawatan Dr Mahathir ke Tokyo juga dijangka tertumpu kepada usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan Jepun ke Malaysia.
Untuk itu, perdana menteri berusia 92 tahun itu dijadual bertemu dengan ketua-ketua industri Jepun dari entiti perniagaan seperti Dewan Perniagaan dan Industri Jepun, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia.
Pertemuan Dr Mahathir dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe serta sidang media bersama merupakan satu lagi kemuncak lawatan kerja itu.
Dalam ulasannya sebelum ini, pemimpin Malaysia itu berkata beliau berminat untuk mengukuhkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Tokyo selain menyentuh tentang Dasar Pandang Ke Timur.
Ahmad Izlan berkata: "Hakikatnya ia adalah satu daripada dasar luar negara yang paling berjaya dalam menjalinkan hubungan Malaysia-Jepun. Ia telah membentuk hubungan kita dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, perdagangan dan pelaburan serta hubungan rakyat dengan rakyat."
Beliau berkata Jepun menghargai pengiktirafan Kuala Lumpuir mengenai peranannya dalam proses membangunkan Malaysia.
Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata lawatan kerja itu membolehkan Malaysia mengetengahkan dasar semasa kepada Jepun dan negara-negara lain di rantau ini terutamanya yang berkaitan pelaburan dan perdagangan luar.
Dalam lawatan kerjanya itu, Dr Mahathir juga dijadualkan menyampaikan ceramah khas kepada wakil rakyat di Dewan Perwakilan Jepun.
"Saya difahamkan tidak ramai ketua kerajaan diberi penghormatan seperti ini," kata Ahmad Izlan sambil memberitahu bahawa rakyat Jepun menghormati Dr Mahathir dengan memberinya keistimewaan untuk berbuat demikian.
Dr Mahathir akan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan para pegawai Kementerian Luar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 09 2018
Papan iklan gergasi yang berukuran 10m x 58m menampilkan promosi Malaysia Truly Asia dari Tourism Malaysia diletakkan di bangunan di tengah-tengah bandar raya Tokyo berhadapan stesyen kereta api Shinagawa, Tokyo, 9 Jun, 2018. --fotoBERNAMA
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.