Seorang produser Bollywood merancang pembikinan filem mengenai kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah.
Raman Kumar, 73, berkata filem itu akan memberi tumpuan kepada intrik politik dan bagaimana Dr Mahathir menggunakan akal budi, kebijaksanaan dan pengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri, dari tahun 1981 hingga 2003, untuk berkempen atas platform anti-rasuah untuk menerajui negara sekali lagi.
"Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir, pada usia 92 tahun, telah dapat membawa rakyat Malaysia supaya bersama-sama dengan apa yang terbukti sebagai pilihan raya kemenangan (bagi beliau dan pakatannya). Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan," katanya kepada Bernama.
Dengan tajuk filem yang dirancang bertajuk 'Mahathir Penyelamat Malaysia', filem itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris.
Raman, yang telah menghasilkan lebih daripada 10 filem termasuk lima di Malaysia, menyatakan bahawa kepimpinan Dr Mahathir dalam memupuk hubungan antara kaum telah mendorong rakyat Malaysia untuk mengundi bagi sebuah kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH), yang dipengerusikannya, selepas 60 tahun kemerdekaan.
"Saya ingin menceritakan kisah kegigihan mengubah Malaysia selepas enam dekad percubaan dan kesukaran dan cara rakyat Malaysia begitu merasakan momen pembangkang (ketika itu) menang (pilihan raya)," katanya.
Dr Mahathir menerajui PH untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya umum 9 mei, meranapkan gabungan Barisan Nasional yang begitu hebat di bawah pendahulunya Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah meletak jawatan sebagai pengerusi BN.
"Malaysia dilahirkan semula. (Mei adalah hari baharu. Malaysia telah diberi peluang baharu," kata Raman mengenai kemenangan PH yang menakjubkan di bawah pimpinan Dr Mahathir.
Saya mendapati karakter Dr Mahathir penuh berwarna warni dan kami ingin menceritakan kisahnya dalam keadaan begitu. Ia melibatkan banyak penyelidikan dan kami telah mendapatkan seorang penulis skrip rakyat Malaysia yang memahami politik Malaysia dengan baik," kata produser itu merujuk kepada M. Krishnamoorthy, seorang wartawan terkenal serta seorang profesor madya.
Raman, yang tinggal di United Kingdom, Mumbai di India dan juga Malaysia, berkata filem itu akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagian daripada kru filem akan datang dari Mumbai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 30 2018

Produser Bollywood Raman Kumar rancang bikin filem mengenai kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia. -Gambar fail
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.

Rupanya guna kasut roda boleh rakam syot filem cantik
Pembikinan filem pada zaman kini tidak hanya bergantung pada kos produksi yang besar tapi ia boleh dilakukan menerusi kreativiti pengarah itu sendiri.

Dr Mahathir wira 'Penyelamat Malaysia' tarik minat produser Bollywood
Seorang produser Bollywood merancang pembikinan filem mengenai kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia