Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan sebagai Naib Yang Dipertua PAS kawasan itu berkuat kuasa serta-merta bagi menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baharu (GHB) hujung bulan ini.
Turut sama meletak jawatan ialah 183 pemegang jawatan dari pelbagai peringkat termasuk Yang Dipertua kawasan itu Jaafar Samsudin dan sembilan ketua cawangan dalam PAS kawasan berkenaan.
Dr Siti Mariah berkata keputusan itu dibuat bagi menyahut seruan pemimpin tertinggi parti supaya anggota yang ingin menyertai wadah baharu iaitu GHB melepaskan jawatan mereka.
"Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira pendekatan politik berbeza PAS pada masa ini yang tidak menunjukkan sebarang langkah perdamaian dengan rakan DAP," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini pada Rabu.
Beliau berkata PAS tidak menguruskan isu hudud dengan betul sehingga menyebabkan parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP.
Mengenai status keanggotaannya dalam PAS, Dr Siti Mariah berkata ia akan tamat secara automatik selepas beliau menyertai GHB kelak yang dilihat sebagai satu wadah terbuka, inklusif serta berupaya menyatukan rakyat Malaysia.
Beliau turut menegaskan PAS kawasan Kota Raja tidak terbubar memandangkan beliau dan rakan-rakan lain yang meletak jawatan semalam menyerahkan tugas masing-masing kepada baki 11 Anggota Jawatankuasa PAS kawasan malam tadi.
Dalam sidang akhbar yang sama, AJK kawasan PAS Klang, Abdul Rashid Osman berkata seramai tiga AJK termasuk beliau meletak jawatan bagi menyertai GHB.
Turut mengikut jejak langkah itu adalah tiga AJK kawasan PAS Kapar.
Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata pentadbiran PAS Selangor tidak terjejas berikutan peletakan jawatan secara beramai-ramai dalam PAS kawasan Kota Raja.
Katanya, PAS Selangor telah mengambil alih pentadbiran PAS kawasan mengikut perlembagaan parti dan akan mengisi kekosongan yang ada.
"Kita dapati hanya segelintir kecil saja ahli PAS di peringkat kawasan dan cawangan yang terlibat bersama GHB, yang selebihnya kita dapati mereka yang bukan ahli PAS kita," katanya dalam satu kenyataan.
Bernama
Thu Aug 20 2015

DR SITI: Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira pendekatan politik berbeza PAS pada masa ini yang tidak menunjukkan sebarang langkah perdamaian dengan rakan DAP.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.

Dr Siti Mariah, 183 yang lain keluar PAS untuk sertai GHB
Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan sebagai Naib Yang Dipertua PAS kawasan itu berkuat kuasa serta-merta bagi menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baharu (GHB).