Antara topik yang mendapat perhatian sejak beberapa hari ini adalah isu debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Nama-nama seperti Tony Pua, Arul Kanda Kandasamy dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia antara yang dikaitkan dalam isu ini.
Mari kita lihat apa yang diketahui setakat ini tentang debat ini.
1. Isu debat 1MDB dimulakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. Dalam tulisan di blognya, beliau yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mencabar Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk mengadakan debat secara langsung dan terbuka berhubung isu dalam 1MDB.
2. Menurut laporan CNBC, cabaran itu kemudian diterima oleh Arul Kanda dengan syarat Tony menarik diri daripada sebagai anggota PAC terlebih dahulu.
3. Syarat itu disifatkan tidak masuk akal oleh Tony. Dalam blognya, Tony mempersoalkan motif syarat sedemikian diberi, malah berpendapat ianya sebagai muslihat untuk melarikan diri.
4. Arul Kanda kemudiannya menukar pendirian dan bersetuju untuk berdebat tanpa syarat.
5. Pengerusi PAC, Datuk Hassan Ariffin, memberitahu pihaknya tidak punya masalah jika Tony Pua mahu terbabit dalam debat tersebut.
6. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu sesi debat dilakukan dan bukannya sesi soal jawab. Beliau mahu agar format debat itu ditentukan terlebih dahulu.
7. Tony Pua menyenaraikan 10 soalan untuk Arul Kanda di laman blognya.
8. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menegaskan debat tersebut bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 85 dan 23. Jika ingin diteruskan, Tony perlu menarik diri dari PAC, manakala Arul Kanda perlu digugurkan daripada senarai saksi dalam siasatan 1MDB.
'Saya sedia undur diri jika debat 1MDB Arul-Tony tidak ikut syarat' - Pandikar
9. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau lebih berminat untuk mengetahui hasil siasatan PAC berbanding debat secara langsung antara Tony dan Arul.
10. Debat 1MDB dicadangkan diadakan di Studio 1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) tanpa penonton Jumaat 6 November, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
11. Tony Pua berkata beliau tidak akan membenarkan prosiding ke atas 1MDB terganggu akibat penglibatannya dalam debat bersama Arul Kanda.
'Saya tak akan biarkan prosiding PAC ke atas 1MDB terganggu' - Tony Pua
12. Ahli Parlimen BN Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal, berpendapat tidak wajar diletakkan syarat pada mana-mana pihak yang terbabit dalam debat ini kerana apa yang penting, masyarakat mendapat maklumat yang diperlukan.
13. Tan Sri Pandikar menjelaskan beliau tidak boleh membenarkan debat itu berlangsung, berdasarkan Peraturan 85 dalam Dewan Rakyat di mana tiada ahli yang terlibat dalam mana-mana jawatankuasa di Parlimen boleh membuat kenyataan atas kapasiti individu.
Debat 1MDB: Kerajaan sudah beri petunjuk akan adakan debat - Pandikar Amin
14. Tan Sri Pandikar menjelaskan beliau tidak boleh menghalang debat itu, namun berharap ia berlangsung selepas penyata laporan PAC dikeluarkan.
15. Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpendapat debat berkenaan sepatutnya tidak menimbulkan isu, terutama di pihak Tony. Ini kerana Tony yang mencabar Arul Kanda dan beliau sepatutnya sedar implikasi tindakannya itu sejak awal lagi.
16. DAP mengumumkan Tony Pua menarik diri daripada berdebat dan akan digantikan oleh wakil pembangkang yang lain.
17. Pakatan Harapan bermesyuarat pada petang Rabu bagi mencari pengganti Tony.
18. Sementara itu, Pakatan Harapan sudah mendapatkan pengganti Tony untuk berdepan dengan Arul Kanda dalam debat tersebut.
19. Debat 1MDB tidak akan disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) setelah Tony menarik diri daripada perdebatan tersebut.
20. Rafizi Ramli dinamakan sebagai pengganti Tony sebagai pendebat berdepan Arul Kanda.
21. Arul Kanda tegaskan debat hanya akan berlangsung selepas prosiding PAC mengenai 1MDB selesai.
22. Apa kesudahannya?
Madiha Abdullah
Wed Nov 04 2015
Adakah Debat 1MDB yang dijadualkan berlangsung pada 6 November ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya?
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.