Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bakal menggunakan drone atau pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam industri penanaman padi bagi menggantikan kaedah penyemburan racun serangga secara manual.
Pengerusinya Datuk Othman Aziz berkata, drone yang mempunyai kapasiti tangki 10 liter dapat digunakan melalui konsep 'low spray volume', selain dilengkapi sistem automatik sepenuhnya dan Sistem Pengesanan Global (GPS).
"Ia mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam industri padi, mengawal serangga dan perosak secara berkelompok, melakukan penyemburan ikut jadual penanaman dan menghasilkan semburan yang tepat, cepat dan menjimatkan.
"Satu relung lima minit, satu hari boleh meliputi 20 hektar...tenaga kerja manusia tidak konsisten, mungkin dalam lapan jam hanya dua atau tiga relung," katanya selepas majlis Pelancaran Perkhidmatan Drone di sini hari ini.
Buat permulaan, katanya, MADACorp Agroservices telah membeli enam 'agriculture drone' bernilai RM80,000 setiap satu daripada syarikat KBKL Smarttech Sdn Bhd yang bertanggungjawab membekal drone dan melatih pengendalinya.
Othman berkata buat masa ini, drone itu adalah untuk kegunaan 2,000 hektar kawasan Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) di kawasan MADA sebelum diperkenalkan ke kawasan lain secara berperingkat.
"Ia masih baru, kita kena lihat penerimaan petani sebab petani yang berpemikiran lama lebih selesa guna orang dan kedua kita nak selesaikan kaedah pembayaran menggunakan Pertubuhan Peladang Kawasan yang bertindak sebagai barisan depan," katanya.
Selain mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, Othman berkata penggunaan teknologi tersebut memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak muda dengan purata pendapatan RM2,000 sebulan.
"Kita perlukan 500 drone untuk lebih 100,000 hektar kawasan MADA, setiap satu drone perlu ada dua pengendali atau pun 1,000 orang dan sekarang kita sedang melatih mereka di MRTC (Pusat Latihan Padi MADA)," katanya.
Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penggunaan drone memberi kesan tidak baik pada alam sekitar, Othman berkata perkara itu adalah tidak benar.
"Drone hanya akan dinaikkan sekitar dua ke tiga meter dan setiap racun yang disembur akan terus turun hingga ke daun atau batang padi," katanya.
Dalam majlis itu, Othman turut menyampaikan Sijil Tamat Latihan kepada enam pengendali yang mengikuti kursus pengendali drone yang dijalankan selama tiga minggu dan menyerahkan replika cek bernilai RM490,793.75 kepada 26 PPK.
--BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2017
MADA bakal menggunakan drone atau UAV dalam industri penanaman padi bagi menggantikan kaedah penyemburan racun serangga secara manual. - Gambar fail
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Hubungan India-Malaysia dijangka terus diperkukuh - Pesuruhjaya Tinggi India
India kini muncul sebagai sumber pelancong yang paling pesat berkembang ke Malaysia, dengan ketibaan melebihi satu juta orang.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.
Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'
Kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Dron Israel dilapor lakukan intipan di Beirut
Dron Israel terbang pada ketinggian sederhana dan rendah hampir sepanjang hari di Beirut.
Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.
Pesawah guna teknologi dron mampu jimatkan masa, kurangkan tempoh masa bekerja
Penggunaan teknologi dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dalam sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam kalangan petani moden.
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
Amaran serangan udara di pelbagai kawasan di Ukraine
Sekitar 15 wilayah terjejas, termasuk Mykolaiv di selatan dan Dnipropetrovsk di tengah Ukraine.
Korea Utara dakwa 1.4 juta orang muda sertai tentera minggu ini
Dakwaan itu dibuat semasa ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak.
Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.