Satu lagi gempa susulan, berukuran 4.3 magnitud, melanda Sabah kira-kira jam 5.33 petang tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi, ini merupakan gempa susulan kedua berlaku hari ini dan ke-79 sejak kejadian gempa bumi, 5 Jun lalu berukuran 5.9 pada skala Richter serta mengorbankan 18 nyawa.
Tambahnya, gempa susulan itu berpusat 19 kilometer ke barat laut Ranau di kedalaman 10 kilometer.
Kesan gegaran itu turut dirasai di Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau dan Kundasan.
Gempa susulan pertama di Ranau berlaku pada 10.54 pagi tadi berukuran 3.5 pada skala Richter, berpusat di 22 kilometer barat Ranau.
Susulan itu sebahagian siling perpustakaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali runtuh.
Namun tiada pelajar atau guru berada di situ kerana pusat sumber berkenaan ditutup sejak kejadian gempa bumi melanda daerah berkenaan, 5 Jun lalu.
Ketika kejadian, semua pelajar dan guru berkumpul di satu kawasan lapang di sekolah berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin dalam satu kenyataan berkata pihaknya meninjau lokasi kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi.
Beliau mengesahkan siling itu runtuh akibat gegaran susulan itu, bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Astro Awani
Tue Jun 23 2015

Kesan gegaran itu turut dirasai di Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau dan Kundasan.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.

Angka korban gempa Ishikawa meningkat ke 82 orang
Sejak Isnin, Ishikawa digegarkan dengan 600 gempa susulan, yang sebelum in menyebabkan 200 bangunan musnah.

Gempa kuat sekali lagi landa Afghanistan
Gempa berukuran 6.3 magnitud berlaku kira-kira 28 kilometer dari wilayah Herat, menurut USGS.

Gempa bumi Afghanistan: Angka korban meningkat ke 120, lebih 1,000 cedera
Ratusan penduduk dikhuatiri terkorban dan lebih daripada 1,000 yang lain cedera susulan gempa bumi kuat.

Gempa bumi Maghribi: Gegaran baharu 4.5 magnitud dirasai di Marrakesh
Penduduk memberitahu agensi media mereka merasakan pergerakan tanah yang ketara, biarpun tiada kerosakan berlaku.

Gempa bumi Turkiye, Syria: Angka korban melepasi 24,000 orang
Menurut Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, kejadian gempa kali ini sebagai bencana terburuk dalam dekad ini.

Beberapa siri gempa susulan berlaku di Croatia
Gempa susulan dengan gegaran paling kuat berukuran 4.7 magnitud dilaporkan pada pagi Rabu berhampiran bandar Petrinja yang mengalami kerosakan teruk.

Maluku Indonesia digoncang gempa 7.1 skala Richter
Amaran tsunami ditamatkan pada jam 3.45 pagi waktu Indonesia Timur (2.45 pagi waktu Malaysia).

Dua gempa susulan melanda Ranau
Dua gempa susulan berukuran 3.5 dan 4.3 pada skala Richter melanda Ranau pada Selasa.