Polis menggagalkan cubaan dua lelaki mencuri dua ekor kerbau dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Taman Happy di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian jam 5.20 pagi itu disedari polis peronda lebuh raya sebelum bertindak mengejar suspek selepas dilihat mencurigakan di Kilometer 263 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Senawang sebelum mengekorinya.
"Kenderaan jenis Mitsubishi Grandis itu telah keluar di Plaza Tol Port Dickson arah selatan menghala ke Jalan Rasah dan didapati telah memberhentikan kenderaan di tepi jalan.
"Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran Taman Happy, Jalan Rasah di sini dan gagal dikesan," katanya kepada media di sini hari ini.
Sulizmie Affendy juga berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihaknya ke atas kenderaan terbabit telah menjumpai dua ekor kerbau di bahagian tempat duduk penumpang belakang dipercayai dicuri.
"Hasil semakan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek adalah palsu.
"Kenderaan itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan dua ekor kerbau itu diserahkan kepada Jabatan Veterinar Seremban untuk dijaga sementara kes masih dalam siasatan," katanya.
Beliau berkata, usaha menjejaki dan menangkap suspek sedang dilakukan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2017

Dua ekor kerbau yang ditemui di temat duduk penumpang belakang kenderaan tersebut. - Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
PGA Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan haiwan dengan penahanan sebuah lori yang membawa 11 kerbau di Kampung Repek.

Cef maut motosikal langgar kerbau
Muhammad Firdaus Mohamad, beralamat di Sungai Panching Timur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kerbau 'termakan' rantai leher terpaksa dibedah
Kerbau itu menjalani pembedahan selama dua jam dan menerima kira-kira 60 jahitan untuk mengeluarkan rantai itu semula.

Kerbau mati, siasatan bawah kes khianat - Polis
Hasil siasatan awal menjumpai tong polisterin berisi cecair yang dipercayai telah diminum oleh ternakan tersebut.

DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia
DVS telah menarik balik arahan penggantungan import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia, berkuatkuasa serta-merta.

Lima cedera, nahas kerbau, lima kenderaan di Lebuh Raya PLUS
Sebuah Perodua Myvi terlanggar seekor kerbau yang melintas lebuh raya menyebabkan empat kenderaan lain berlanggar sesama sendiri.

Industri kerbau bakal hasil 'emas putih' dan 'emas merah' dari Lawas
Perjalanan kira-kira tiga kilometer (km) dari jalan utama menuju ke Stesen Penternakan Kerbau Meragang di sini, menimbulkan persoalan terutamanya buat mereka yang pertama kali melalui jalan sempit itu

Kanak-kanak cedera selepas ditanduk kerbau
Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun sempat berlindung di bawah sebuah kereta selepas diserang seekor kerbau.

Tiada apa yang nak dimalukan, kata Gadis Kerbau Pink
Nadia mengakui bidang penternakan sudah sebati dengannya, apatah lagi dia merupakan generasi keempat dalam keluarga yang bergelar penternak.

Jangan bersedih, 'Mowgli' ... kerajaan tidak pinggirkan keluargamu
Kerajaan akan membantu keluarga Muhammad Syukur Khamis yang kematian 50 ekor kerbau peliharaan mereka mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.