Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor akan mewujudkan dua lagi Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) selewat-lewatnya awal tahun depan.
Pengarah JBPM Selangor Azmi Osman berkata dua unit berkenaan akan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
"Buat masa ini unit PPDA hanya ada di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang dengan keanggotaan berbaki 41 orang selepas enam maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong Rabu lepas," katanya kepada pemberita.
Beliau sebelum itu hadir majlis penyerahan sumbangan wang tunai kepada waris enam anggota PPDA yang terkorban oleh pasukan produksi filem Paskal The Movie, Kelab Pendaki Malaysia dan Persatuan Penyelamat Gunung Malaysia di sini, hari ini.
Turut hadir barisan pelakon dan pengarah filem berkenaan, Adrian Teh, Hairul Azreen, Theeban G, Jasmine Suraya Chin, dan Ammar Alfian.
Azmi dalam pada itu menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa enam anggotanya yang maut dalam kejadian berkenaan tidak mahir berenang.
Beliau berkata setiap anggota yang dipilih menjadi anggota PPDA perlu melalui ujian kecergasan, ketahanan fizikal serta kecekapan berenang terlebih dahulu sebelum dihantar mengikuti kursus berenang dan menyelamat dalam air.
"Selepas menjadi anggota PPDA mereka diwajibkan mengikuti kursus berenang dan menyelamat selama 10 jam setiap bulan untuk meningkatkan kemahiran mereka, jadi tomahan yang mereka ini tidak mahu atau tidak tahu berenang adalah tidak berasas," katanya.
Menurut Azmi, kejadian menyayat hati itu tidak sekali-kali mematahkan semangat anggotanya terutama unit PPDA untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
"Semangat anggota kami begitu tinggi, malah saya difahamkan ada tiga anggota baharu kami sedang menjalani latihan untuk menyertai unit PPDA," katanya.
Kejadian 9.15 malam itu mengorbankan empat anggota daripada balai Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24 manakala dua daripada balai Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 09 2018
![Dua lagi unit PPDA akan ditubuhkan di Selangor Dua lagi unit PPDA akan ditubuhkan di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539074698_TBAzmiOsmanx.jpg)
Pengarah JBPM Selangor Azmi Osman berkata dua unit berkenaan akan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. -Foto BERNAMA
![Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739934766_tbSuruhanjayaTenaga.jpg)
Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu
ST hari ini mengumumkan pelantikan Siti Safinah Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Datuk Abdul Razib Dawood.
![Sivasangari tekad tingkat ranking dunia Sivasangari tekad tingkat ranking dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711937574_TBSivasangarijpg.jpg)
Sivasangari tekad tingkat ranking dunia
Sivasangari berharap untuk meneruskan momentum kecemerlangannya selepas mencapai ranking dunia tertinggi dalam kariernya baru-baru ini.
Industri teknologi Malaysia: Ekosistem & kemajuan
Malaysia telah menunjukkan perkembangan pesat dalam industri teknologi, menjadikannya salah satu pemain utama di rantau Asia Tenggara. Walaupun Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam industri teknologi, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi.
![Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739933041_tbShanSaeed.jpg)
Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.
AWANI Ringkas: PM kini di Bahrain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739932591_TBParlimen.jpg)
Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.
![Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia? Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739892232_tbAnwarIbrahim.jpg)
Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.
Thailand-Malaysia: A new era of trade opportunities
Thailand and Malaysia are strengthening trade ties with a target of US$30 billion by 2027. During his official visit to Malaysia, H.E. Umesh Pandey emphasized the importance of economic cooperation and removing trade barriers to maximize both countries’ strengths.
![Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739929847_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.
Natural Gas Roadmap: Energy Security or Economic Risk?
The Ministry of Economy is set to unveil Malaysia’s Natural Gas Roadmap, focusing on investment growth, regulatory frameworks, and long-term supply security. As the nation transitions toward becoming a net LNG importer, industry players face challenges in infrastructure expansion, pricing mechanisms, and sustainability. Malaysian Gas Association’s Secretary General, Khairulanwar Zakaria, shares insights on overcoming these hurdles and ensuring market competitiveness.
![40 anggota bomba balai Tapah bebas COVID-19 40 anggota bomba balai Tapah bebas COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41585043738_BOMBA.jpg)
40 anggota bomba balai Tapah bebas COVID-19
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak mengesahkan 40 anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bebas daripada wabak COVID-19.