Dua lelaki cedera ditembak semasa minum bersama beberapa rakan di sebuah kedai kopi di Pekan Bukit Gambir dekat Tangkak, pagi ini.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi, dipercayai dilakukan seorang tidak dikenali yang memakai helmet bertutup penuh dan bersenjatakan sepucuk pistol semiautomatik.
"Tujuh das tembakan dalam jarak dekat telah dilepaskan suspek ke arah kumpulan mangsa yang sedang minum.
"Selepas kejadian, suspek bertindak melarikan diri dengan menunggang motosikal," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mohd Khalil berkata kedua-dua mangsa yang berumur 30-an dihantar ke Hospital Muar dan Melaka untuk rawatan dan keadaan mereka stabil.
Polis sedang menyiasat dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menyalurkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tangkak ASP Azmi Ali di talian 012-3344200 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak di 06-9787471.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2017

Dua lelaki cedera ditembak semasa minum bersama beberapa rakan di sebuah kedai kopi di Pekan Bukit Gambir dekat Tangkak, pagi ini.- Gambar Hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bahagian Narkotik Lapangan Terbang ditubuhkan bagi banteras keldai dadah
Langkah ini diambil bagi memperkukuhkan lagi benteng di pintu keluar masuk negara ini terutamanya di lapangan terbang.

Dua 'ahli kimia' ditahan, rampas pil ekstasi RM1.4 juta
Dua lelaki dikesan menggunakan platform media sosial Youtube untuk mengaut keuntungan lumayan dengan mempelajari cara-cara memproses dadah jenis ekstasi.

Kes tikam, langgar: 13 individu ditahan setakat ini
Polis Johor menahan empat lagi suspek di sekitar negeri ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Lelaki maut ditikam, dilanggar di stesen minyak di Johor Bahru
Seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, malam ini.

Dua lelaki cedera ditembak ketika minum di kedai kopi
Dua lelaki cedera ditembak semasa minum bersama beberapa rakan di sebuah kedai kopi di Pekan Bukit Gambir dekat Tangkak, pagi ini.