Seorang lelaki dan wanita, dipercayai suami isteri maut dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Desa Vista dekat Sepang hari ini.

Jurucakap bomba ketika mengesahkan kejadian itu berkata mangsa wanita maut di tempat kejadian manakala mangsa lelaki yang menerima rawatan daripada anggota Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) juga gagal diselamatkan.

“Terdapat dua mangsa, mangsa lelaki berada di dalam bilik air, mangsa wanita berada di atas katil.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima panggilan pukul 1.13 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya bomba masih menyiasat punca kejadian.

-- BERNAMA